CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 825|Reply: 0

[Terengganu] Kerja baik pulih stesen jana kuasa di Kenyir dijangka siap 2025

[Copy link]
Post time 25-4-2024 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Kerja baik pulih stesen jana kuasa di Kenyir dijangka siap 2025

OlehNORHASPIDA YATIM

25 April 2024 12:22pm




Hanafiah




KUALA TERENGGANU - Proses membaik pulih cerun dan kerosakan struktur yang berlaku di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) Kenyir di Hulu Terengganu akibat bencana banjir pada akhir Februari dan awal Mac 2022 masih berjalan.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Terengganu, Hanafiah Mat berkata, setakat ini kerja baik pulih cerun di lima lokasi runtuhan sepanjang laluan Jalan Kampung Gaung hingga Kuala Pueh, Jenagor di daerah tersebut telah siap sebanyak 30 peratus.



Menurutnya, sehingga Mac 2024, kemajuan kerja fizikal di tapak tersebut mencapai 30 peratus berbanding jadual asal 19 peratus dengan menelan kos sebanyak RM42.9 juta di lima buah lokasi.

"Kerja-kerja membaik pulih yang dilaksanakan di tapak berkenaan telah bermula pada Oktober tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga 2025," katanya.



Hanafiah berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Hilmi Harun (Pas-Manir) yang ingin tahu status terkini kerja-kerja membaik pulih Empangan Kenyir dan kawasan sekitarnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, pada Khamis.

Jelas Hahafiah, kerja-kerja meliputi kawasan dalam stesen tersebut sedang dijalankan di bawah seliaan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Bahagian Grid TNB juga telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun bagi kawasan laluan talian TNB yang berada di luar stesen bagi memastikan struktur menara penghantaran utuh dan tidak tumbang.

"Kerja-kerja penstabilan struktur asas menara penghantaran juga turut dilakukan untuk memastikan tenaga elektrik yang dijana dapat dihantar ke sistem grid negara," ujarnya.




Sementara itu, menjawab soalan Dr Riduan Mohamad Nor (Pas-Jertih) mengenai Lebuhraya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT3 pula, Hanafiah berkata, kerajaan Persekutuan telah meluluskan pelaksanaan kerja awalan dengan kos RM35 juta pada Disember 2021.

"Pembentangan penuh laporan kerja awalan termasuk penentuan jajaran jalan yang muktamad dan anggaran kos projek kepada agensi Pusat telah dibentangkan pada pertengahan 2022 untuk mendapatkan hala tuju dan seterusnya kelulusan pelaksanaan projek," katanya.

Sebelum ini, operasi SJSM dihentikan sementara berikutan menara penghantaran voltan tinggi 132kV yang menyalurkan bekalan elektrik kepada Grid Nasional tumbang pada 27 Februari akibat kejadian tanah runtuh dalam keadaan hujan lebat luar biasa.

Kejadian tanah runtuh itu turut memutuskan hubungan jalan keluar-masuk ke SJSM, meruntuhkan sebuah jambatan diikuti aliran mendapan yang membanjiri kawasan stesen berkenaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.053992 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list