View: 8357|Reply: 4
|
Tragedi helikopter TLDM: MB Terengganu tawar kepakaran
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersedia menawarkan kepakaran bagi menyiasat punca nahas membabitkan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak semalam sekiranya diperlukan.
Beliau yang merupakan pakar kejuruteraan aeroangkasa tidak keberatan membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan secara terperinci berhubung nahas tersebut.
“Tidak siapa mahu tragedi seperti itu berlaku dan saya percaya pihak tentera akan melakukan apa juga untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Banyak perkara perlu dilihat dan segala kemungkinan harus dipertimbangkan (dalam siasatan),” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, antara elemen yang perlu diambil perhatian ialah sama ada sistem kawalan dua helikopter terbabit masih berfungsi atau sebaliknya sewaktu insiden berlaku.
Bekas Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia itu berkata, siasatan juga harus menjurus tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku sehingga menyebabkan dua helikopter terbabit gagal dikawal.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri mewakili kerajaan negeri Terengganu merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga 10 anggota tentera yang terkorban dalam tragedi berkenaan.
Kosmo! hari ini melaporkan dua helikopter milik TLDM terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Nahas pada pukul 9.32 pagi itu menyebabkan 10 pegawai dan anggota TLDM termasuk tiga wanita terkorban.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Utk kemaslahatan akn dtg mmg ianya adalah kewajipan dan keperluan yg amat utk semua pihak mengkaji dgn spesifik dan mendalam tentang apa yg terjadi... terutama pihak pemerintah...kerana seorg yg diangkat pemimpin, dialah yg mempunyai tanggungjawab yg besar dan berat utk memastikan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan etc yg terbaik utk rakyatnya tanpa kira apa kaum pangkat keturunan...sbb tu la berat nanang bila ko jd pemimpin...tp apa ada hal..zaman ler ni...berlumba2 nk jd pemimpin walaupun terang bersuluh torchlight hampeh shj...
Sentuh bab redha..bknla bila kita kata redha terus tak ambil apa2 inisiatif..demi kemaslahatan nyawa akan dtg, wajib perlu ada tindakan..redha itu ditujukan khas utk ahli waris yg tinggal...agar terima takdir Allah SWT dgn hati yg redha..boleh bersedih menangis kerana kita x diseksa hny sbb menangis kesedihan...tp takut diseksa sbb lidah yg berkata2 buruk dlm waktu kamu bersedih...smp berkata buruk kpd sang Pencipta...bahaya kome....jd utk den..blh jer kamu menangis dan beremosi..tetapi dlm ms sama...jgn berlebihan sehingga kamu berkata2 yg buruk dan tak elok...
Utk dr sam...sila gunakan kepakaran anda selain sibuk nk berpolitik...mudah2 dpt closure dan memanfaat utk kemaslahatan akn dtg.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya sblm ni pun masa kes MH dulu dia pun ada bagi pandangan teknikal.. dia pun jenis buat keja bukan dok gebang politik siang malam.. ada beza kalau academician ni bila jadi politician..
p/s aku sokong kalau dia jadi president pas suatu hari nanti.. kena ada org yg boleh bawak halatuju baru dalam party, barulah competitive |
|
|
|
|
|
|
|
Scoring political points,sedangkan ramai sahaja diluar sana boleh sahaja nak bersuara utk menghulur kepakaran jika diperlukan..tapi sedia menghormati kepakaran dan entity yg sedia ada utk melakukan penyiasatan yg terperinci. . |
|
|
|
|
|
|
| |
|