CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3344|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] ‘Baki 10 tangkapan berkait lelaki Israel mungkin dituduh, bebas, diusir’ – KP KL

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki warga Israel yang ditangkap memiliki enam pucuk pistol dan 200 butir peluru tiba di mahkamah Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tuduh, bebas atau usir antara tindakan bakal dihadapi 10 individu termasuk tiga lelaki warga asing yang disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata, semua individu berkenaan masih ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kata beliau, mereka kini ditahan di lokap yang terletak di ibu negara.

“Tempoh tahanan SOSMA tujuh individu akan tamat pada 14 Mei manakala tiga lagi iaitu warga asing tamat pada 15 Mei ini.

“Selepas itu, keputusan tuduh, bebas atau usir (bagi warga asing ditahan) adalah bergantung kepada siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi turut mengesahkan seorang daripada warga asing yang ditahan merupakan pemegang pasport Amerika Syarikat dan masuk ke negara ini sebagai pelancong.

“Meskipun suspek memegang pasport Amerika Syarikat tidak semestinya dia berasal dari negara berkenaan. Siasatan masih dijalankan,” jelasnya.

19 April lalu, Rusdi mengesahkan 10 daripada 18 individu ditahan bagi siasatan kes berkaitan lelaki Israel, Avitan Shalom.

Daripada jumlah itu, tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah pun dituduh di mahkahmah manakala lima lagi dibebaskan.

10 lagi individu yang sebelum ini direman bagi siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api ditahan semula di bawah SOSMA.

Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.  KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... bebas-diusir-kp-kl/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.115219 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list