CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5904|Reply: 1

Kim Kardashian hilang 500,000 pengikut IG

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:59 AM | Show all posts |Read mode

Kim hilang setengah juta pengikut selepas Taylor melancarkan lagu berjudul thanK you AIMee.

BINTANG realiti Kim Kardashian kehilangan 500,000 pengikut secara mendadak di Instagram miliknya.

Ia susulan pelancaran album terbaharu penyanyi Taylor Swift iaitu The Tortured Poets Department pada Jumaat lalu.

Salah satu lagu menerusi album tersebut berjudul thanK you aIMee yang didakwa 'diss track' yang ditujukan kepada Kim.

Lagu tersebut berkisar mengenai perselisihan faham di antara mereka sebelum ini dan menggambarkan bintang realiti itu sebagai pembuli di sekolah.



Perselisihan faham di antara Taylor dan Kim sudah berlarutan sejak 2016.

Malah penggunaan huruf besar pada tiga hurut pada thanK you aIMee juga petunjuk lagu tersebut didedikasikan buat Kim.

Muzik video lirik lagu tersebut di YouTube juga sudah mendapat lebih sejuta tontonan dan ramai menyokong tindakan Taylor menghasilkan lagu tersebut.

Ramai menganggap itu cara paling terbaik untuk Taylor membalas perbuatan Kim dan bekas suaminya Kanye West sebelum ini.


'Perang' di antara Taylor dan Kim mula tercetus pada 2016 apabila penyanyi itu berang namanya disebut dalam lirik lagu nyanyian Kanye berjudul Famous.

Taylor mendakwa penyanyi rap itu tidak meminta keizinannya menggunakan lirik menyebut namanya dalam lagu berkenaan.

Kim bagaimanapun mendedahkan bukti perbualan telefon di antara Kanye dan Taylor berkaitan keizinan menggunakan namanya di laman sosial miliknya.

Tidak hanya itu, Kim turut meninggalkan emoji ular pada kapsyen hantaran tersebut yang menyemarakkan kemarahan peminat.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... g-100000-pengikut-i

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibarat 500 pegi, 1000 yg lain mari jahhh..
KimK kottttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050353 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list