CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5228|Reply: 0

[Johor] 7 along diberkas simbah cat, khianat api

[Copy link]
Post time 24-4-2024 10:33 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket along yang melakukan perbuatan simbah cat dan khianat dengan api selepas menahan tujuh ahli sindiket itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua ahli sindiket along warga tempatan itu ditahan antara 28 Mac hingga 7 April lalu menerusi beberapa siri serbuan di sekitar negeri ini.

Katanya, kesemua ditangkap itu dipercayai menerima upah untuk membuat ugutan jenayah dengan cara menyimbah cat dan khianat dengan menggunakan api ke atas rumah milik mangsa-mangsa yang gagal membuat pembayaran pinjaman.

“Lima daripada tujuh suspek ahli sindiket along itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini membabitkan sembilan pertuduhan kes simbah cat dan khianat dengan api.

“Dalam masa sama, polis sedang melengkapkan siasatan sebelum mendapatkan arahan untuk menuduh dua lagi ahli sindiket yang ditahan itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kumar berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor, kelmarin bagi arahan pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, Seksyen 435 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 426 Kanun Keseksaan.

Katanya, salah seorang tangkapan turut akan dituduh di bawah Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tarikh yang sama.

“Kesemua tangkapan juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Kulai, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Segamat, Muar serta Tangkak setelah urusan pertuduhan di Mahkamah Johor Bahru.

“Sebanyak 24 kes telah berjaya diselesaikan dengan pertuduhan terhadap lima orang tangkapan ini. Kejayaan operasi yang dijalankan menunjukkan komitmen tinggi
Polis Johor dalam membanteras sindiket pinjaman wang tanpa lesen di negeri ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ah-cat-khianat-api/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.241903 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list