View: 13733|Reply: 10
|
Lelaki tangkap aligator dengan tangan kosong
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Seorang lelaki di Florida dirakam bertarung dengan seekor aligator jantan yang mengganggu ketenteraman penduduk di kawasan kejiranan pusat bandar Jacksonville pada hujung minggu lalu, lapor laman berita Fox News semalam.
Mike Dragich, hanya menggunakan tangan kosong apabila dia menentang reptilia sepanjang 2.43 meter itu selain hanya berkaki ayam.
Beliau merupakan ahli sukan seni bela diri campuran yang juga dikenali sebagai @bluecollar_brawler di media sosial.
Dragich dikenali ramai pada Jun tahun lalu apabila dia menangkap seekor lagi aligator yang ditemui di tempat letak kereta berhampiran sebuah sekolah rendah di Jacksonville.
Beliau berkata, kejadian baru-baru ini merupakan antara tangkapan haiwan liar seterusnya yang berjaya dilakukan.
“Ia (aligator) berlari ke arah polis dan sekumpulan orang. Semua orang menjerit,” kata Dragich ketika menggambarkan kejadian itu.
Lelaki itu dilaporkan memiiki lesen menangkap haiwan tersebut. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu diorg boleh meneroka seluruh dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Florida Man
kat sana rasanya ada kes buaya naik ke atas jalan raya dan makan gelandangan pompuan hidup2. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika di Malaysia guna bomoh untuk tangkap binatang seperti ini |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh: Sebab tu diorg boleh meneroka ...
Bangsa arab yang pertama meneroka seluruh dunia. Tanpa ilmuan2 islam yang hebat dan rajin, semua manusia zaman sekarang dok tinggal atas pokok lagi hahhahahahh |
|
|
|
|
|
|
|
florida man ni subculture amarika la kira noh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau berani tangkap bujang senang di borneo dgn tangan kosong |
|
|
|
|
|
|
|
tak dpt bayangkan la kalau aligator tu berlari kat org
mmg tang tu jgk putus nafas haha |
|
|
|
|
|
|
|
Hadoilah TT, tangan kosong tu bila ko pergi majlis tak bawa sumbangan atau balik dari cabutan bertuah tak dapat hadiah.
Kalau guna bare hands, melayu cakap guna tangan ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah macam kendong golden retriever je kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|