CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12173|Reply: 4

Tragedi helikopter TLDM: Allahyarham berhasrat naik helikopter sebelum bersara

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:10 PM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Salah seorang mangsa korban nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pagi ini, Pegawai Waran II Noorfarahimi Mohd. Saedy berhasrat untuk menaiki helikopter sebelum persaraannya.


Menurut anak saudaranya yang mahu dikenali sebagai Muhd. Syahid berkata, ibu saudaranya itu ada menyatakan hasrat untuk menaiki helikopter.


“Dia (Allahyarham Noorfarahimi) ada beritahu yang mahu naik heli (helikopter) sebelum tamat tempoh perkhidmatannnya sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.


“Gambar (gambar selfie bersama Bintara Muda Noor Rahiza Anuar) yang dikongsikan di laman TikTok saya, ialah gambar terakhir yang dihantarnya (Allahyarham Noorfarahimi) sebelum menaiki helikopter tersebut, ujarnya ketika dihubungi.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 10 kru dilaporkan terkorban setelah dua helikopter TLDM bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.


TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi.


Ujarnya, insiden itu melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM.


Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat semua keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesungguhnya benarlah firman Allah azza wajalla..kematian itu sentiasa menghambat hambanya..setiap saat .setiap detik ..xdpt nk lari walau bersembunyi didlm lubang yg sempit...sentiasa diintai Malaikat Izrail ..begitu juga waktu tidur. Allah SWT pegang ruh para hambanya..maka kalau sudah tiba msnya,  xdikembalikan ruh kpd jasad..maka matilah dlm tidur...jika belum msnya lg.. ruh dimskkan kembali kedlm jasad...maka hidupla kita lg...dan msk forum smbil bergosip... kehkehkeh..ni den mengata diri den sendiri okeh..tp sapa mkn cili...level pedasnya lain2 dik... kehkehkeh

Innalillahi wainna ilaihirojiun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2024 03:15 PM | Show all posts
kematian itu pasti, tak syarat tua.. mereka yg terkorban pun pagi tu tidak tahu ajal mereka sampai pada hari tu.. tak dapat digambarkan perasaan mereka saat heli tu terjatuh..
semoga diampunkan dan diberi rahmat buat mereka..semoga dimasukkan dalam golongan yg diredhai Nya..
semoga diberi kemudahan kepada keluarga yg ditinggalkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063232 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list