CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 829|Reply: 0

[Sabah] Wanita warga emas maut kemalangan dua kenderaan

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode


KEMALANGAN: Kenderaan mangsa yang remuk akibat kemalangan.

PAPAR: Seorang wanita warga emas maut manakala anaknya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Pan Borneo, Kilometer 16, Jalan Papar Baru – Kota Kinabalu, di sini.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian jam 3.41 petang itu membabitkan mangsa berumur 64 tahun yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, dalam kejadian sama, anak mangsa berumur 43 tahun yang memandu kenderaan jenis jip parah dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan jenis jip.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki tempatan berumur 36 tahun memandu dari arah Kota Kinabalu menuju ke Papar melalui Jalan Pan Borneo.

“Pada masa itu, keadaan cuaca hujan lebat dan kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar kenderaan jenis jip yang berada di laluan berkenaan.

“Perlanggaran itu mengakibatkan penumpang kenderaan jenis jip iaitu wanita warga tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Kinarut,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurutnya, pemandu jenis jip dan pacuan empat roda turut parah dan dibawa ke HQE Kota Kinabalu menggunakan kenderaan awam dan ambulans.

“Mangsa yang maut dibawa ke bilik Jabatan Perubatan Forensik HQE Kota Kinabalu, untuk tujuan bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dalam keadaan hujan disebabkan permukaan jalan raya yang basah, licin dan terdapat jalan-jalan yang ada takungan air.

Tambahnya, semua pengguna jalan raya juga haruslah mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa memandu dengan perlahan ketika cuaca hujan lebat.

Pasukan bomba turut berada di lokasi kemalangan bagi mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.218516 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list