CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6761|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sindiket edar MDMA tumpas di daerah Timur Laut

[Copy link]
Post time 23-4-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

ACP Razlam Ab Hamid menunjukkan pelbagai jenis dadah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, hari ini. FOTO Bernama

George Town: Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut serta merampas pelbagai dadah bernilai RM60,086, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, siasatan turut mendapati kedua-dua lelaki itu mempunyai kepakaran memproses MDMA bersama beberapa dadah lain sebelum dicampurkan dalam peket minuman segera dan dijual di pusat hiburan sekitar bandar raya ini.

"Lelaki pertama berusia 22 tahun ditahan pada 3.30 petang di kaki lima sebuah kompleks makanan di sini, dan polis merampas 0.93 gram(g) ketamin daripadanya. Rakannya yang berusia 24 tahun pula ditahan di tepi sebuah rumah ibadat di Macallum pada 8.50 malam hari sama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kemudian merampas 50 batang rokok setiap satunya berisi campuran tembakau dan dadah jenis 'mushroom' dianggar seberat 65.74g sebelum menyerbu sebuah rumah sewa di kawasan Macallum yang dijadikan tempat memproses MDMA dan rokok mengandungi 'mushroom'.

Menurut Razlam, dalam serbuan di rumah sewa mereka, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk MDMA yang telah siap diproses dan dicampur dalam pek minuman segera, 40 batang rokok mengandungi 'mushroom', ketamin, ganja, pil eramin 5, pil ekstasi dan dadah 'mushroom' serta peralatan memproses dadah.

Razlam berkata, kedua-duanya disyaki menjual setiap peket minuman segera mengandungi MDMA terbabit di pusat hiburan sekitar bandar raya ini pada harga RM150 hingga RM250, manakala rokok yang dicampurkan dengan dadah 'mushroom' pula RM80 sebatang.

"Kedua-duanya dipercayai menjual dadah sejak Januari lalu dan siasatan mendapati mereka mendapatkan bekalan daripada rangkaian sindiket dadah di sekitar negeri ini," katanya sambil menambah mereka direman seminggu untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Razlam berkata, polis menahan seorang pekerja pusat hiburan dipercayai terbabit kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di premis itu di bandar raya ini dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4,000 daripadanya, Sabtu lalu.

Beliau berkata, penahanan lelaki berusia 26 tahun pada 1.55 pagi menerusi Op Hiburan itu berjaya membongkar kegiatannya yang menjual dadah di pusat hiburan hingga mampu hidup mewah dengan memiliki kereta jenis BMW X4.

"Lelaki itu yang didapati positif terhadap dadah dan menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian dipercayai memproses MDMA sebelum mencampurkan dalam pek bungkusan minuman segera," katanya.

Polis turut menyita kereta mewah terbabit dan lelaki berkenaan kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-daerah-timur-laut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.044782 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list