CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7320|Reply: 0

[Perak] SMK Clifford, SK Clifford dapat bas sumbangan bekas pelajar

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Raja Iskandar Dzulkarnain (tengah) bergambar bersama tetamu pada majlis perasmian sumbangan bas sekolah SMK Clifford Kuala Kangsar. -Foto NSTP/L Manimaran

KUALA KANGSAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford dan Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford, di sini menerima sebuah bas bagi kegunaan warga dua sekolah itu

Pembelian bas berharga RM576,000 itu adalah hasil inisiatif digerakkan Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA Clifford) dengan perasmiannya disempurnakan oleh Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah yang juga Penaung OCA Clifford di SMK Clifford di sini, hari ini.

Presiden OCA Clifford, Prof Adjung Datuk Sallehuddin Saidin, berkata pembelian bas itu adalah hasil usaha pengumpulan sumbangan daripada kalangan warga sekolah serta ahli OCA Clifford OCA Batch 1973 sejak Oktober 2022.

Menurutnya, sebahagian daripada kos pembelian bas jenis Hino itu ditampung menerusi peruntukan RM300,000 yang disalurkan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Sejak SK Clifford ditubuhkan pada 1897 iaitu selepas 127 tahun dan begitu juga sejak SMK Clifford ditubuhkan (pada 1913), inilah buat kali pertama kita memperoleh sebuah bas bagi kegunaan warga sekolah.

"Pelancaran kutipan bagi pembelian bas berharga RM576,600 itu dibuat pada 29 Oktober 2022 namun selepas tempoh yang disasarkan iaitu setahun, kutipan yang dibuat khususnya dalam kalangan warga OCA itu memperoleh kira-kira RM300,000.

"Beberapa usaha selepas itu dilakukan agar hasrat sekolah memiliki bas tercapai.

"Ia termasuk permohonan bagi menampung pembelian itu kepada Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri sehingga akhirnya permohonan itu diluluskan serta merta dengan jumlah RM300,000," katanya.

Pada majlis itu, Raja Iskandar Dzulkarnain melancarkan laman web rasmi OCA, penjenamaan semula melalui penamaan dataran yang terdapat dalam perkarangan SMK Clifford kepada Dataran OCA serta pelancaran buku meja kopi berjudul Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya.

Ia turut menyaksikan sumbangan pakej set WiFi dan pelan WiFi untuk enam bulan pertama bernilai keseluruhan RM25,950 sumbangan XoX Berhad menerusi tanggungjawab sosial korporatnya, masing-masing kepada 50 pelajar warga Clifford yang kurang berkemampuan bagi kemudahan pembelajaran mereka secara dalam talian.

Sementara itu, Pengetua SMK Clifford, Lutfi Mohd Noor, berkata pihaknya menghargai inisiatif digerakkan OCA Clifford bagi kemudahan warga sekolah.

"Kemudahan bas ini amat diperlukan memandangkan SMK Clifford merupakan salah sebuah sekolah peneraju sukan bola sepak dan hoki.

"Alhamdulillah dengan adanya bas ini, ia dapat memudahkan urusan pengangkutan anak-anak kita bagi setiap aktiviti luar khususnya yang perlu disertai dengan jumlah penyertaan yang besar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... angan-bekas-pelajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047253 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list