CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7622|Reply: 0

Pemain jangan buat perangai

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

BRENDAN (kanan) dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin. FOTO IHSAN MFL

Kuala Lumpur: Jangan buat perangai atas padang. Itu peringatan diberikan kepada pemain Liga Super kerana setiap tindakan mereka di atas padang selepas ini diperhatikan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pertemuan membabitkan Kuala Lumpur City (KL City) FC menentang Negeri Sembilan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 malam tadi boleh diambil sebagai iktibar apabila beberapa kesalahan termasuklah membabitkan tonggak Harimau Malaya Brendan Gan diteliti menerusi VAR sebelum dia dilayangkan kad merah.

Pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin melayangkan kad merah kepada Brendan susulan kekasaran ke atas pemain NSFC apabila meneliti monitor bagi insiden yang tercetus pada minit ke-76 itu.

Sepanjang perlawanan itu, VAR dikendalikan Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah manakala operator ulang semula adalah Mohd Shahrizan Mohamad Solihim membantu Zamzaidi dalam lima insiden.


Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa, berkata, penggunaan VAR pada aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan itu boleh dijadikan rujukan untuk ditambah baik pada masa akan datang.

Malah, VAR juga memberi peringatan kepada pemain supaya jangan terlalu 'nakal' di atas padang hingga menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan walaupun perbuatan itu tidak disedari pengadil.

"Ada yang mengatakan perlawanan mungkin akan jadi perlahan dan pemain akan lebih berhati-hati kerana takut dikenakan tindakan oleh pengadil. Semua itu memberi peringatan kepada pemain jangan buat perangai.

"Jika dikenakan tindakan sehingga dilayang kad merah... pemain kena terima hakikat kerana perbuatan atau kesalahan terbabit dirakam VAR.

"Oleh itu, penggunaan VAR akan membantu pengadil untuk membuat keputusan lebih tepat apabila tercetusnya situasi kontroversi,"katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Pada perlawanan malam tadi menyaksikan penggunaan VAR memberi kelebihan kepada pasukan KL City FC untuk bergelar juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan dengan menumpaskan Negeri Sembilan 2-1, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila VAR digunakan buat kali pertama membabitkan aksi kompetitif di negara ini.

Lebih mencuri tumpuan adalah Brendan yang juga tonggak baharu KL City menjadi 'mangsa'kepada teknologi berkenaan apabila dilayangkan kad merah pada minit 79.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... angan-buat-perangai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.746182 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list