CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7090|Reply: 0

[Melaka] Isteri bersalin di hospital, suami dihantar ke penjara

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang bekas pekerja kedai serbaneka dipenjara tujuh hari dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri wang tunai berjumlah RM8,540.60 milik sebuah kedai serbaneka, bulan lalu.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ilham Shafiq Fithal, 22, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bagi mencapai niat telah mencuri wang tunai di dalam peti besi berjumlah RM8,540.60 milik 7 Eleven Taman Sin Hoe.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah hari di kedai 7 Eleven Taman Sin Hoe Bukit Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 31 Mac 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga bekas majikan tertuduh telah dimaklumkan pekerjanya bahawa tertuduh mengambil kunci peti besi dan wang tunai di dalamnya.

Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan mendapati tertuduh yang berhenti kerja pada 26 Februari lalu telah melarikan wang tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman singkat kerana isterinya baru sahaja melahirkan anak pertama di Hospital Melaka pagi tadi.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,500 atau tiga bulan penjara jika gagal bayar.

Sementara itu, dalam prosiding sama tertuduh turut mengaku bersalah memberikan diri sendiri dadah jenis methaamphetamine di Pejabat Narkotik Melaka Tengah kira-kira pukul 2.20 pagi pada 20 April lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi kesalahan itu, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM1,500 dan menetapkan tarikh 4 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ihantar-ke-penjara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048026 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list