CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7331|Reply: 0

[Pulau Pinang] LTAPP catat peningkatan penumpang 5 peratus pada Mac 2024

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode
LTAPP catat peningkatan penumpang 5 peratus pada Mac 2024


BERNAMA



Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang




Kuala Lumpur: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.

Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) berkata, Pulau Pinang terus mempamerkan daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan utama walaupun Mac bukan waktu puncak kemasukan pelancong.

"Peningkatan itu disumbang oleh kemasukan syarikat penerbangan baharu, Fly Dubai, yang mengendalikan penerbangan terus setiap hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika ini terdapat sebanyak 19 syarikat penerbangan antarabangsa yang menyediakan perkhidmatan ke 16 destinasi global melalui 514 penerbangan setiap minggu, beroperasi di LTAPP.

Daya tarikan lapangan terbang itu kekal kukuh apabila berjaya menarik syarikat penerbangan baharu seperti Thai Lion Air yang akan mengendalikan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan PEN-Don Mueng bermula bulan ini.

Selain PEN, Malaysia Airports Group juga secara keseluruhannya mencatatkan prestasi trafik yang tinggi dengan 10.2 juta pergerakan penumpang direkodkan pada Mac 2024, merangkumi 7.1 juta di Malaysia dan 3.1 juta di Turkiye.

Kumpulan itu mencatatkan 3.8 juta pergerakan penumpang antarabangsa dan 3.2 juta domestik bagi operasi di Malaysia.

Sementara itu, aset kumpulan di Turkiye, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, mengekalkan jumlah penumpang yang stabil pada 3.1 juta pada Mac 2024, terdiri daripada 1.7 juta penumpang antarabangsa dan 1.4 juta domestik, membuktikan kepentingan lapangan terbang itu sebagai hab utama bagi perjalanan domestik dan antarabangsa.

Prestasi trafik suku tahunan kumpulan juga mencapai kemajuan, mencatatkan kadar pemulihan melepasi 90 peratus pada suku pertama 2024 dengan 31.4 juta penumpang berbanding suku pertama 2019.



Disiarkan pada: April 23, 2024 @ 3:57pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.184346 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list