CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2982|Reply: 0

[Perlis] Elak kerenah birokrasi dalam urusan kerajaan – Raja Perlis

[Copy link]
Post time 23-4-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode

Tuanku Syed Faizuddin memeriksa barisan kawalan kehormatan Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia di pekarangan Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah agar sebarang bentuk kerenah birokrasi dalam urusan kerajaan perlu dielakkan sama sekali.

Baginda bertitah, kerajaan negeri juga perlu ada ‘sense of urgency’ dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan yang disediakan diselesaikan dengan pantas.

“Dengan kemajuan kecerdasan buatan (AI) masa kini, semua anggota pentadbiran serta penjawat awam perlu memperlihatkan keupayaan untuk menjalankan tugas yang diberikan secara total dan kreatif.

“Beta ingin mengucapkan penghargaan kepada seluruh jentera kerajaan negeri di bawah kepimpinan menteri besar yang telah berusaha dengan gigih dan bekerja keras untuk membawa pembangunan demi kemakmuran negeri yang berterusan,” titah baginda yang dizahirkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Istiadat Perasmian Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-15 di sini hari ini.

Dalam titah diraja itu, Raja Perlis turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negara, seluruh anggota penjawat awam negeri dan Persekutuan serta pihak swasta yang saling bekerjasama melaksanakan tanggungjawab, memenuhi amanah untuk membangun dan memajukan negeri.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin juga berharap kerajaan negeri dapat mengambil tindakan bagi memastikan perbelanjaan yang dibuat adalah benar-benar perlu bagi mencapai keberhasilan dan keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan.

“Di samping melipatgandakan usaha bagi meningkatkan hasil negeri melalui sumber-sumber baharu, kerajaan negeri juga harus membuat analisa kritikal dan berani dalam membuat keputusan bagi pelaksanaan dasar-dasar baharu yang baik.

“Dasar dan projek yang sudah tidak relevan dengan dinamik semasa perlu diubah suai atau diganti segera agar memberikan faedah maksimum kepada rakyat,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... rajaan-raja-perlis/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043855 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list