CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4011|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tragedi Helikopter TLDM: Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL diaktifkan

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:22 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan salah sebuah helikopter milik TLDM yang terhempas di Lumut pagi tadi.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi penyelarasan operasi menyelamat helikopter terhempas di Lumut, Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, KLARCC telah diaktifkan pada pukul 10.20 pagi tadi bagi penyelarasan operasi menyelamat insiden helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Merujuk kepada kemalangan membabitkan dua helikopter milik TLDM di Lumut, Perak, KLARCC di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur telah diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.

“Siasatan lanjut kemalangan akan dijalankan oleh pihak TLDM,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, TLDM mengesahkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dua helikopter terhempas sehingga menyebabkan 10 kru maut, pagi tadi.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada 9.32 pagi tadi.

Ujarnya, insiden itu melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... tika-kl-diaktifkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.292301 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list