CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24883|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pulau Pinang capai sasaran tanam satu juta pokok

  [Copy link]
Post time 22-4-2024 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang capai sasaran tanam satu juta pokok


BERNAMA



Rozali Mohamud



Georgetown: Pulau Pinang mencipta sejarah apabila mencapai sasaran penanaman satu juta pokok secara serentak di seluruh negeri sempena sambutan Hari Bumi 2024, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal TYT Pulau Pinang Datuk Seri Rozali Mohamud berkata, kemuncak acara itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak yang menanam pokok ke sejuta di pekarangan Seri Mutiara, di sini.

"Rakyat negeri Pulau Pinang mencipta satu sejarah pada 11.30 pagi tadi. Kita telah mecapai sasaran satu juta pokok dan bilangan pokok yang ke sejuta ditanam oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

"Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta, sekolah, institusi pengajian tinggi, komuniti dan seterusnya kepada individu menyumbang walaupun sepokok, kami amat menghargainya," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau juga berharap pokok limau kasturi yang diberikan kepada penduduk negeri itu dijaga dengan baik kerana ia boleh menghasilkan pendapatan lumayan.

"Kita mengikut bilangan pokok yang diberikan kepada penduduk... 222,000 pokok adalah limau kasturi, jadi sekiranya pokok limau kasturi ini dijaga dengan baik akan menghasilkan pendapatan tidak kurang daripada RM26 juta setahun.

"Ini adalah satu pendapatan baharu kepada penduduk negeri khususnya komuniti di kampung dan juga persatuan yang mengambil bahagian," katanya.

Rozali berharap program berkenaan menjadi titik perubahan kepada anjakan paradigma kerana ia membuktikan kebolehan rakyat Pulau Pinang untuk mewujudkan ikatan komuniti dan kehijauan alam.

"Tepi jalan dan kawasan perumahan, penduduk berasa terpegun kerana dengan sekelip mata ataupun beberapa hari sahaja, depan rumah mereka ada pokok-pokok menghijau... ini satu perubahan sangat berkesan bagi menghijaukan negara kita," katanya.



Disiarkan pada: April 22, 2024 @ 8:13pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2024 10:53 PM | Show all posts
Semoga tercapai hasrat murni tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.086947 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list