CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3477|Reply: 0

[Selangor] Penduduk rayu kerajaan teruskan pembinaan PJD Link

[Copy link]
Post time 22-4-2024 02:40 PM | Show all posts |Read mode

Razali Abdullah (empat kanan) bersama Pengerusi Pertubuhan Komuniti Petaling Jaya, Mohd Yusri Ramli (kanan) serta penduduk Taman Medan menunjukkan peta projek lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) serta membantah tindakan kerajaan membatalkan projek pembinaan tersebut pada sidang media di Pejabat Kopeta Taman Dato Harun. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Petaling Jaya: Penduduk merayu kerajaan supaya tidak membatalkan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link).

Ini kerana projek pembinaan lebuh raya itu perlu diteruskan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya di kawasan Taman Medan yang kini sesak teruk.

Wakil Penduduk Taman Medan, Mohd Razali Abdullah berkata, ketika ini perjalanan dengan memandu kereta dari Taman Medan ke Petaling Jaya memerlukan 45 minit.

"Maka, kalau nak batalkan PJD Link, apa alternatifnya untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang dihadapi penduduk sejak puluhan tahun lalu?.


"Masalah kesesakan di kawasan ini bukan berlaku satu dua tahun lalu," katanya pada sidang medianya di sini hari ini.

Minggu lalu, Jemaah Menteri memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan PJD Link.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

Mengulas lanjut, Mohd Razali berkata, dengan pertambahan penduduk dan pembinaan bangunan seperti kondominium di kawasannya, satu laluan alternatif diperlukan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, sekiranya projek lebuh raya itu dibatalkan, kerajaan juga perlu membayar sejumlah pampasan kepada pemegang konsesi.

"Mereka juga telah buat kerja awal. Kalau ia dibatalkan, kerajaan kena bayar pampasan kepada konsesi. Bayaran pampasan ini duit siapa? Duit rakyat. Rakyat tengah susah, duit rakyat digunakan," katanya.

Mohd Razali berkata satu memorandum rayuan meneruskan projek pembinaan lebuh raya PJD Link akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Petaling Jaya, Mohd Yusri Ramli pula menyatakan terpulang kepada kebijaksanaan kerajaan sama ada untuk menukar pemegang konsesi tersebut.

"Tapi kalau nak ubah konsesi baharu, ia akan memerlukan masa. Mereka (konsesi) baharu perlu buat kajian semula dan dapatkan laporan. (Mungkin) memerlukan masa lagi tiga hingga empat tahun.

"Kenapa kita nak buang masa tiga hingga empat tahun lantik baharu sedangkan yang (konsesi lama) ini ada. Yang ada ini kita perbaiki balik. Bincang balik dengan konsesi itu apa masalah enam (syarat) ini," katanya.

Mohd Yusri juga menyatakan sebilangan penduduk yang dilaporkan tidak bersetuju dengan PJD Link seperti dilaporkan sebelum ini berkemungkinan disebabkan kesan pengambilan tanah di kawasan mereka.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pembinaan-pjd-link
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.076125 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list