CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3574|Reply: 0

[Johor] Duda dipenjara sebulan kerana curi sardin

[Copy link]
Post time 22-4-2024 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Jamaluddin dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku mencuri di kedai serbaneka. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Duda dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri sardin, pencuci mulut dan serbuk minuman kopi, Khamis lalu.

Tertuduh, Jamaluddin Yusof, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa mencuri 10 tin sardin, empat botol pencuci mulut dan dua botol Nescafe di sebuah kedai serbaneka di Parit Raja, di sini, pada 1.15 tengah hari, 18 April lalu

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.


Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pekerja kedai serbaneka terbabit menahan tertuduh sebelum menemui barangan disyaki dicuri.

Hasil soal siasat mendapati, tertuduh mengakui mengambil barangan terbabit dan laporan polis dibuat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili Kamarul Arifin Nordin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ringan kerana perlu menanggung anak.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kerugian dialami kedai terbabit dan juga pengajaran kepadanya.

Selepas mendengar hujahan dah rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan bermula dari tarikh ditahan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kerana-curi-sardin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050991 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list