CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3441|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dendam lama punca wanita simbah air panas terhadap OKU - Polis

[Copy link]
Post time 22-4-2024 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Dendam lama punca wanita simbah air panas terhadap OKU - Polis


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 22, 2024 @ 1:04pm bhnews@bh.com.my




Tangkap layar CCTV memaparkan seorang wanita menyimbah air panas ke arah pemuda OKU dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas dalam kejadian pada 19 April lalu





GEORGETOWN: Perselisihan faham lama dipercayai menjadi punca seorang wanita menyimbah lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dengan air panas dalam kejadian dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan awal, mendapati perselisihan faham yang disifatkan agak sensitif itu telah tercetus antara suspek dan mangsa sekitar tiga atau empat tahun lalu.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan ke atas wanita terbabit dan siasatan awal mendapati punca adalah disebabkan perselisihan faham terhadap mangsa yang telah berlaku dalam tiga ke empat tahun lalu, saya rasa dia (suspek) kenal mukalah sebab tinggal di flat sama.

"Setakat ini kita telah merakam percakapan tiga individu termasuk mangsa dan siasatan masih diteruskan kalau selesai kita akan tuduh awal jika tidak, kita sambung reman," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, pihaknya turut mempertimbangkan untuk menghantar suspek bagi menjalani pemantauan kesihatan untuk pemerhatian dan pengesahan laporan perubatan dan siasatan setakat ini mendapati wanita itu bukan pesakit mental.

"Setakat ini kita tengok tiada (rekod pesakit mental) Insya-Allah kita akan majukan untuk kita dapatkan rawatan lanjut terhadap suspek jika suspek mempunyai masalah mental di hospital.

Media pada Sabtu lalu, melaporkan seorang pembantu jualan berusia 39 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kejadian menyimbah air panas terhadap pemuda OKU berusia 33 tahun.

Terdahulu, kejadian yang berlaku pada jam 9.20 pagi Jumaat menyebabkan mangsa melecur di bahagian depan dan belakang badan serta masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sebelum ini, Pengarah HPP Dr Goh Hin Kwang berkata, mangsa mengalami kecederaan melecur meliputi enam peratus daripada permukaan kulitnya dengan tempoh pemulihan dijangka kira-kira dua minggu

Beliau berkata, daripada segi klinikal, punca kecederaan disebabkan air panas dan mangsa kini ditempatkan di Unit Perawatan Kebakaran HPP.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053512 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list