CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8381|Reply: 0

[Selangor] Padah guna lesen tamat tempoh

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:26 AM | Show all posts |Read mode

Jabatan Perikanan Selangor menahan sebuah bot yang membawa penumpang dengan menggunakan lesen bot tamat tempoh. - Foto NSTP/Ihsan Jabatan Perikanan Selangor

KUALA SELANGOR: Seorang pemilik bot ditahan Jabatan Perikanan Selangor kerana melanggar syarat sah lesen.

Pengarah Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar, berkata lelaki berusia 59 tahun itu yang menggunakan lesen bot telah tamat tempoh ditahan pada kedudukan 1.81 batu nautika Pulau Angsa, pada jam 3.15 di sini, kelmarin.

Beliau berkata, ketika ditahan pemilik vesel terbabit membawa empat lelaki berusia 26 hingga 65 tahun yang sedang memancing.

"Bot itu disyaki melanggar syarat lesen iaitu membawa kru melebihi bilangan yang ditetapkan dan membawa penumpang tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut Malaysia.


"Pemilik juga gagal mengemukakan dokumen kelulusan daripada Pengarah Jabatan Laut bagi membawa penumpang ketika diperiksa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Noraisyah berkata, bot bersama pemilik diiring masuk ke Jeti Limbungan Perikanan Pelabuhan Klang untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Perkara 18, Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan Tempatan) 1985 dan Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -lesen-tamat-tempoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.055491 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list