CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11339|Reply: 0

[Pulau Pinang] 127,295 orang bekerja sendiri daftar SKSPS

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
127,295 orang bekerja sendiri daftar SKSPS


BERNAMA



STEVEN Sim Chee Keong ( kanan) beramah mesra dengan anggota Bomba Sukarela selepas menyampaikan sijil caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di Wisma Perkeso Seberang Jaya. FOTO BERNAMA




Bukit Mertajam: Golongan bekerja sendiri digesa untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang daripada sasaran 500,000 pencarum yang mendaftar untuk skim tersebut.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, SKSPS diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri dan mereka yang telah mendaftar mendapat pelbagai manfaat.

"Saya menyeru rakyat Malaysia yang bekerja sendiri tak kiralah penjaja, usahawan dan sebagainya untuk mencarum skim ini, kerana tahun ini kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM100 juta iaitu geran padanan bagi skim tersebut.

"Menerusi peruntukan itu, kerajaan bagi subsidi sebanyak 90 peratus dan mereka yang mendaftar hanya perlu membayar RM23 sahaja untuk setahun, tahun ini kami sasarkan 500,000 pencarum SKSPS dan pelbagai usaha dijalankan (Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), memberikan pendedahan kepada orang ramai berhubung skim tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam ditemui selepas Majlis Tajaan dan Taklimat Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) kepada Persatuan Bomba Sukarela Parlimen Bukit Mertajam di Pejabat Perkeso Pulau Pinang.

Pada majlis itu seramai 218 anggota dari 10 Persatuan Bomba Sukarela menerima tajaan SKSPS.

Sim berkata, tajaan caruman itu merupakan salah satu bentuk penghargaan beliau kepada anggota bomba sukarela yang berkhidmat secara percuma kepada masyarakat, setempat sekali gus turut memikul amanah menjaga keselamatan penduduk secara sukarela.

"Penajaan caruman SKSPS itu dibuat demi menjamin keselamatan anggota bomba sukarela itu dan orang tanggungan, iaitu ahli keluarga sekiranya mereka ditimpa bencana atau kemalangan maut sewaktu menjalankan tugas sebagai anggota bomba sukarela," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Sim berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis, susulan laporan polis dibuat Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) terhadap dirinya berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Beliau berkata setakat ini, pihak polis belum mengambil keterangannya dan beliau bersedia jika dipanggil polis.

Sim berkata, dakwaan tersebut tidak berasas, namun katanya mereka mempunyai hak untuk membuat laporan polis.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk buat siasatan dan saya tidak ingin berikan komen lanjut kerana isu tersebut sudah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, jadi biar mahkamah yang tentukan dari segi keadilan," katanya.

Media melaporkan lima cawangan NUBE, membuat laporan polis terhadap Sim atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan mendakwa beliau secara rahsia berbincang dengan Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) tanpa pengetahuan Majlis Eksekutif Kebangsaan NUBE berkenaan, dengan pembayaran Bantuan Perayaan untuk tahun ini.



Disiarkan pada: April 21, 2024 @ 4:58pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.046223 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list