CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9603|Reply: 0

[Selangor] Kantoi bakar wayar

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:25 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Sungai Buloh: Kegiatan dua lelaki membakar wayar yang dicuri mereka terbongkar selepas ditahan berhampiran semak di kawasan perumahan Elmina East, di sini, tengah malam tadi.

Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, perbuatan itu disedari oleh dua anggota Polis Bantuan yang sedang membuat rondaan di kawasan perumahan itu kira-kira 12 tengah malam tadi.

"Mereka kemudian terserempak dengan dua lelaki yang sedang membakar sesuatu di kawasan terbabit.

"Dua lelaki terbabit memaklumkan mereka sedang membakar wayar yang disyaki dicuri di kawasan berkenaan.


"Dua anggota Polis Bantuan itu turut menemui sebotol minyak petrol, satu alat pemotong besi, dua pisau dan pemetik api," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki tempatan serta seorang lelaki warga Kemboja masing-masing berusia 43 serta 41 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Ketika ditahan, kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... /kantoi-bakar-wayar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.176539 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list