CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2440|Reply: 0

[Selangor] KKM perketat pantau penjaja makanan warga asing

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Aktiviti jualan makanan ala 'street food' dari negara India dikerumuni warga asing dipercayai beroperasi sekitar Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat tular di media sosial.

KUALA SELANGOR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperketatkan pemantauan terhadap penjaja makanan warga asing di sekitar ibu negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pasukannya akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras penjaja yang menjual makanan diragui status kebersihannya.

Jelas beliau, kementerian turut mengenal pasti modus operandi yang dilakukan peniaga asing terbabit.

“Kita sudah berada di situ bagi membuat tindakan dan memantau awal perkara tersebut.

“Pihak penguat kuasa KKM akan lebih cekap dan taktikal dari sudut itu bagi mengambil tindakan lanjut,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.


Dzulkefly bersama tetamu yang hadir pada majlis itu di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor hari ini.

Aktiviti jualan makanan ala ‘street food’ dari negara India yang dikerumuni warga asing dipercayai beroperasi sekitar Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur pada setiap Jumaat tular di media sosial sebelum ini.

Penularan video berdurasi 23 saat itu menimbulkan reaksi netizen mengenai kelemahan sistem penguatkuasaan seolah terlepas pandang terhadap aktiviti penjajaan berkenaan yang didakwa beroperasi sejak sekian lama.

Tambah Dzulkefly, undang-undang mengenai perkara itu terkandung dalam Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan keadaan juadah makanan dan minuman yang dijual penjaja asing. Semua pihak perlu jelas dan faham bagi memastikan makanan yang dibeli mereka bersih dan selamat untuk dimakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... akanan-warga-asing/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.560021 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list