CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2560|Reply: 0

[Johor] 2 anggota polis lakukan pemerasan akan ditahan kerja

[Copy link]
Post time 21-4-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

KUMAR (tengah) menyaksikan majlis Serah Terima Tugas antara Ibrahim Mat Som kepada M.Kumarasan di IPD Iskandar Puteri, Johor Bahru hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Polis Johor akan mengemukakan surat kepada Bukit Aman bagi mendapatkan perintah tahan kerja terhadap dua anggota polis yang terlibat dua kes pemerasan di Bangunan Sultan Iskandar, di sini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menghantar surat cadangan itu hari ini.

Katanya, perintah tahan kerja itu dikenakan terhadap dua anggota polis di BSI sehingga siasatan dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

“Bagi tindakan tahan kerja, kita perlu dapatkan arahan daripada Bukit Aman. Justeru, saya bagi arahan kepada JIPS untuk buat surat kepada Bukit Aman bagi mendapatkan perintah tersebut.

“Buat masa ini, kedua-dua anggota polis itu masih dalam tahanan reman bagi melengkapkan siasatan, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik ia dilengkapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri hari ini.

Pada majlis itu, bekas pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Ibrahim Mat Som menyerahkan tugas Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri kepada Asisten Komisioner M. Kumarasan.

5 April lalu, dua anggota polis yang bertugas di BSI ditahan kerana melakukan pemerasan terhadap seorang mangsa dengan meminta membayar RM2,000 bagi tidak mengambil tindakan kerana mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kejadian awal bulan ini.

Mereka ditahan sekali lagi, kelmarin bagi perbuatan sama terhadap seorang mangsa berusia 50 tahun yang didakwa dougur suspek ketika berada di BSI, 4 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... akan-ditahan-kerja/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051190 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list