CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2516|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Premis restoran jadi pusat hiburan, 15 GRO, pengurus dicekup

[Copy link]
Post time 21-4-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Antara GRO yang ditahan ketika serbuan dijalankan. - Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 15 pelayan pelanggan (GRO) warga asing serta pengurus premis tempatan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan sekitar Jalan Raja Chulan, di sini, semalam.

Berselindung di sebalik lesen restoran makanan dan minuman, pengurus premis mendakwa kesemua GRO terlibat datang sendiri tanpa paksaan.

Helah berkenaan berjaya dirungkai apabila Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan yang dijalankan dengan kerjasama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, hasil pemeriksaan menahan 16 individu terdiri daripada seorang lelaki dan 15 wanita warga China.

“Kesemua wanita warga asing berusia 23 hingga 38 tahun disyaki dijadikan GRO, manakala lelaki berusia 32 tahun itu adalah pengurus premis.

“Kita dapati premis berkenaan mempunyai lesen perniagaan restoran, namun dijadikan kelab hiburan dan dipercayai sudah beroperasi kira-kira sebulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... o-pengurus-dicekup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054787 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list