CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12602|Reply: 0

[Johor] Budak 2 tahun lemas: Polis rakam keterangan ibu bapa

[Copy link]
Post time 21-4-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode

Laporan Harian Metro hari ini

Seri Iskandar: Polis akan merakam keterangan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemui lemas di tasik berhampiran Masjid Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan kanak-kanak tanpa pengawasan yang munasabah.

"Ya, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit akan diambil keterangan.

"Bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Changkat Melintang, Bota mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas," katanya ketika dihubungi, malam ini.


Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Bahagian Keselamatan UTP yang memaklumkan sepasang ibu bapa mengatakan anak lelaki berusia dua tahun mereka hilang ketika berada di masjid universiti berkenaan pada jam 1.15 tengah hari.

"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid mendapati ternampak kelibat mangsa berjalan ke arah tasik.

"Pasukan bomba yang dibantu unit skuba bomba Ipoh menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 4.25 petang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294 bagi membantu siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keterangan-ibu-bapa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.761851 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list