CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12450|Reply: 0

MFL sedia hadapi masalah

[Copy link]
Post time 21-4-2024 09:51 AM | Show all posts |Read mode

PARA komisioner dan koordinator perlawanan melihat Sesi Simulasi VAR Liga Malaysia 2024-2025 di Stadium UiTM Shah Alam kelmarin.

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) bertegas tiada sebarang jaminan penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) pada musim 2024/25 akan dapat dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang masalah berbangkit.

Bagaimanapun, penganjur Liga Malaysia (Liga M) itu lebih selesa untuk melihat daripada aspek positif kerana permasalahan yang akan timbul mampu membantu pelaksanaan lebih baik pada musim akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, berkata musim baharu nanti adalah debut VAR di Malaysia dan pihaknya kini boleh dianggap dalam proses belajar untuk memastikan teknologi berkenaan mampu dilaksanakan dengan sempurna.

“Tahun pertama selalunya akan ada masalah, tetapi kita akan hadapinya dengan hati terbuka dan cuba cari solusi terbaik. Jadi, jangkaan kami adalah untuk hadapi masalah dan kami harap ia dapat ditemui sebanyak mungkin.

“Soal infrastruktur di setiap negeri juga mungkin berbeza dan sekarang saya harap kita dapat hadapi apa juga kekangan,” katanya pada sesi perlawanan simulasi VAR di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Ketika ini, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sedang melakukan pemantauan pelaksanaan VAR selama empat hari bermula Khamis lalu dan paling awal kelulusan dijangka akan diberikan esok.

Ketika ini 22 pengadil sudah diberikan tauliah pengadil VAR, namun sekarang FAM hanya menanti kelulusan lesen daripada FIFA untuk penggunaan sistem berkenaan.

Perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei depan dipilih sebagai aksi pertama Liga M yang akan mengguna pakai teknologi berkenaan.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/21/mfl-sedia-hadapi-masalah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048137 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list