CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8141|Reply: 0

[Johor] Ibu bapa perlu jujur maklumkan status kesihatan anak kepada pihak sekolah - Dr Dzulkefly

[Copy link]
Post time 20-4-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode

Dr Dzulkefly bercakap kepada pemberita pada Rumah Terbuka AMANAH di PDK Parit PDK, Muar, hari ini. - NSTP/ALIAS ABD RANI

MUAR: Ibu bapa dan pihak sekolah perlu mengambil serius berhubung masalah kesihatan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ia susulan insiden pelajar berusia 14 tahun, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa anjuran sekolahnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.

Dr Dzulkefly berkata, pihak sekolah khususnya perlu memiliki rekod kesihatan semua pelajar, sekali gus memberi kelonggaran tertentu atas pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan keperluan.

Beliau berkata, rekod atau sejarah kesihatan pelajar adalah penting bagi menentukan sama ada seseorang itu dapat meneruskan atau diberi pengecualian menjalani aktiviti sukan.


"Seperkara lagi ialah ibu bapa perlu jujur memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai tahap kesihatan anak masing-masing," katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri AMANAH di Pusat Dalam Komuniti (PDK) Parit Keroma, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi AMANAH Johor merangkap Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan, dan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Nuqman Naufal dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, dilaporkan berkata terdahulu remaja berkenaan menyertai sukan anjuran sekolah itu bersama kira-kira 700 pelajar lain pada jam 8 pagi.

Katanya, ia membabitkan larian sejauh tujuh kilometer dan kira-kira jam 9.30 pagi ketika mangsa menghampiri garisan penamat, pelajar itu dikatakan tiba-tiba rebah serta tidak sedarkan diri.

Difahamkan, guru di lokasi memberikan bantuan pernafasan tetapi remaja itu tiada tindak balas sebelum pihak sekolah menghubungi talian kecemasan 999.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly bagaimanapun menjelaskan beliau tidak boleh membuat sebarang kesimpulan selagi belum meneliti punca sebenar kejadian itu.

"Siasatan terhadap kematian adalah bawah operasi pihak hospital. Soal aktiviti luar bilik darjah dengan mengelak kesan buruk gelombang haba dan cuaca panas adalah bawah budi bicara sekolah serta Kementerian Pendidikan. Saya menyatakan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya.

Kenyataan Dr Dzulkefly disokong Aminolhuda yang juga mantan guru dan pengetua selama 30 tahun, dengan menyifatkan rekod kesihatan pelajar adalah sangat penting sebagai rujukan sebelum membenarkan mereka menyertai sebarang aktiviti.

"Pihak sekolah dinasihatkan mengambil perhatian akan masalah kesihatan, jangan paksa jika mereka (pelajar) ada penyakit atau sebagainya. Ini yang perlu diutamakan jika ada permohonan (berkaitan kesihatan) daripada pelajar atau ibu bapa, pihak sekolah kena ambil maklum," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-anak-kepada-pihak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048511 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list