CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8387|Reply: 0

[Sabah] Lelaki bunuh sebelum bakar bapa saudara

[Copy link]
Post time 20-4-2024 07:54 AM | Show all posts |Read mode


BAKAR: Kesan pembakaran iaitu penemuan serpihan tulang mangsa di kawasan hutan terbabit.

RANAU: Seorang lelaki dipercayai bukan sahaja tergamak membunuh malah membakar saudaranya sendiri di kawasan hutan terletak di belakang sebuah rumah di Kampung Kipaliu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simiun Lomudin berkata, serpihan tulang mangsa lelaki berumur 68 tahun itu ditemukan oleh keluarganya di kawasan yang dibakar di hutan terbabit kira-kira jam 3 petang.

Katanya, pihak polis menerima laporan daripada pengadu yang juga anak saudara kepada mangsa dan suspek pada jam 9.43 malam.

“Pengadu memaklumkan menemukan serpihan tulang dipercayai tulang manusia yang sudah dibakar di kawasan hutan belakang rumah mangsa.

"Serpihan tulang itu dipercayai milik bapa saudaranya yang hilang pada 16 April lalu,” katanya semasa dihubungi di sini.

Simiun bagaimanapun berkata, kesemua serpihan tulang yang ditemukan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk tujuan analisa perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).

“Bertindak dengan kejadian, polis menahan seorang lelaki yang juga anak saudara kepada mangsa hasil daripada siasatan yang dijalankan.

"Suspek berumur 50 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

"Polis masih dalam proses siasatan termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Simiun berkata, polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam.

"Polis masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau di talian 088-875222," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045506 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list