CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9943|Reply: 9

[Tempatan] Kemasukan pelancong China, India naik 78.2% susulan pelan liberalisasi visa

[Copy link]
Post time 19-4-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Kemasukan pelancong China, India naik 78.2% susulan pelan liberalisasi visa

https://www.freemalaysiatoday.co ... -liberalisasi-visa/

Bernama
19 Apr 2024, 10:54 AM


Mengikut rekod pelancong di luar negara Asean yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India.

KDN memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lalu dan mendapati rekod tersebut amat menggalakkan dengan peningkatan 861,000 orang untuk Januari, Februari dan Mac.

BANGKOK: Pelan liberalisasi visa merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, kementeriannya memantau pelan itu sejak dilaksanakan Disember tahun lalu dan mendapati rekod ini amat menggalakkan dengan peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk Januari, Februari dan Mac.


“Mengikut rekod pelancong di luar negara Asean yang paling ramai masuk ke Malaysia adalah China dan India. Peningkatan pelancongan dari kedua-dua negara itu dijangka akan menjana kepada unjuran nilai sebanyak RM6 bilion bagi semua rangkaian termasuk perhotelan, pengangkutan, restoran dan semua,” katanya dalam ucapan di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama menteri dalam negeri, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, pelancongan merupakan sektor yang rancak dan perlu disokong dengan kemudahan-kemudahan yang baik untuk menyambut kehadiran yang ramai.

“Disebabkan itu kita tidak boleh ada kesesakan di pintu sempadan masuk Malaysia dan kita tidak boleh lagi guna kaedah pakai ‘stamp’ pasport. Kita perlu ada kaedah yang memudahkan pelancong yang ingin memasuki negara dengan cara yang betul dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, KDN sememangnya kini ke arah “face recognition” atau “barcode” bagi memudah dan mengelakkan kesesakan di pintu sempadan.

“Sekiranya kita boleh selesaikan keadaan di pintu sempadan masuk ke negara khususnya di Tambak Johor dengan Singapura dengan kemasukkan 350,000 “pelancong harian” maka kita boleh menjadi sempadan pintu masuk negara yang kedua paling sibuk di dunia selepas Amerika dengan Mexico,” katanya.

Saifuddin berkata, menjadi sasaran KDN untuk menyelesaikan keadaan di semua pintu masuk sempadan negara, dan sedang bergerak ke arah memudahkan – bukan lagi kekal dengan cara lama dan mengharapkan hasil lebih baik.

“Di Tambak Johor, kita ada 25 agensi untuk mengawal pintu masuk ke negara berbanding Singapura yang hanya mempunyai satu iaitu ICA (Immigrations and Checkpoints Authority). Jadi kita sedang memikirkan rang undang-undang untuk melahirkan satu agensi yang kita akan panggil sebagai “Malaysia Control Border Protection Agency” untuk menguruskan kawalan pintu masuk negara,” katanya.

Terdahulu, Saifuddin yang dalam lawatan kerja tiga hari di Bangkok, Thailand mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Varawut Silpa-archa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2024 11:04 AM | Show all posts
Keluar balik, berapa %?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:47 PM | Show all posts
nk memudahkan org luar masuk tp kena la ada cara/sistem yg sesuai utk pastikan mrk yg masuk ni klr lps tu. xkn nk absorb semua yg masuk bg duduk lelama smpai dpt PR or jd warganegara?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk 78.2%...keluar(kang)..8.2%...jer.Mmmmm.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 04:29 PM | Show all posts
semoga tak menjadi hantu ketika pilihanraya
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pelan apakah ni? pelik sungguh. patutla makin ramai diorg duk kat malaysia ni. cuma takda la jd influencer macm mat saleh duk kt malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2024 09:41 AM | Show all posts
kemaruk replied at 19-4-2024 04:29 PM
semoga tak menjadi hantu ketika pilihanraya

Kata cai umno akan menang besar  pru 15..siap buet benang khas bagaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 06:38 PM | Show all posts
1.2 jota ummah PRC hilang tanpa dikesan tersenyum siniss dari lobang persembunyian puaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelancong ke pekerja? Cuba cek btl2.

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 11:12 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 21-4-2024 11:14 AM
Yoonggi replied at 19-4-2024 01:47 PM
nk memudahkan org luar masuk tp kena la ada cara/sistem yg sesuai utk pastikan mrk yg masuk ni klr l ...

Tampaknya itu option yang paling tepat bagi Malaysia saat ini untok memberikan insentive bagi rakyat china melancong ke malaysia .....
Free Visa + Free untuk tinggal dan bekerja di Malaysia  .. kemudian free mendapat status IC rakyat malaysia tanpa perlu melepaskan status  mereka sebagai rakyat china (dua kewarganegaraan) ....

Bayangkan potensinya ... saat ini ada 1,4 billion rakyat china ... jika 5% ikut scheme itu ... berarti ada 70 juta orang china yang datang dan tinggal atau hidup di Malaysia sehingga membuat ekonomi malaysia tumbuh lebih cepat ....

Selain untok rakyat China ..... tawarkan juga dengan scheme serupa kepada rakyat negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal dan Myanmar serta afghanistan  (seluruh  negara asia selatan)   sehingga  Malaysia akan betol-betol terkenal menjadi  A Trully Asia or  Miniature of Asia seperti yang dipropagandakan selama ini ....Hehehehe




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063309 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list