CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8938|Reply: 0

[Sabah] 2024 tahun penting laksana inisiatif, projek secara efektif

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:19 PM | Show all posts |Read mode


TIBA: Juhar tiba di perkarangan bangunan DUN Sabah disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya.

KOTA KINABALU: 2024 menjadi tahun yang sangat penting bagi kerajaan negeri memastikan semua inisiatif, program serta projek pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan secara efektif dan efisien.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin berkata, usaha itu selari dengan matlamat Malaysia MADANI, Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Katanya, ia juga bagi memastikan peruntukan yang disediakan dapat dibelanjakan secara cekap dan semaksima mungkin agar manfaatnya sampai kepada rakyat dalam tempoh yang disasarkan.

Menurutnya, kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha bagi meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pembangunan bagi merancakkan pembangunan sektor-sektor ekonomi utama dan baharu.

Pada masa sama jelasnya, ia dapat meningkatkan hasil sedia ada dan meneroka sumber hasil baharu serta menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.

"Dalam sektor pertanian, kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran dan tahap sara diri (SSL)  hasil pertanian di Sabah bagi memperkukuh keterjaminan makanan, khususnya bagi komoditi beras.

"Pada tahun ini, usaha untuk meningkatkan SSL beras terus diperkasa melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif seperti meningkatkan kekerapan penanaman padi bagi meningkatkan keluasan penanaman dan menambah hasil keluaran padi.

"Dengan pelaksanaan program-program berkenaan, SSL beras negeri Sabah dijangka meningkat kepada 25 peratus tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu jelasnya, sektor pelancongan terus menunjukkan trend pemulihan yang memberangsangkan dengan jumlah ketibaan pelancong ke Sabah mencecah 2.61 juta tahun lepas berbanding 1.72 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 51.3 peratus.

Juhar berkata, tahun ini, kerajaan negeri menyasarkan ketibaan seramai 2.8 juta hingga tiga juta pelancong ke Sabah dengan merancakkan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program pelancongan berimpak tinggi termasuk pemberian insentif kepada pemain industri sebagai galakan agar lebih aktif meningkatkan pertumbuhan sektor ini.

"Sektor perindustrian dan pelaburan terus menjadi pemacu kepada ekonomi negeri. Pada 2023, jumlah pelaburan negeri dicatatkan sebanyak RM11.346 bilion menjadikan Sabah berada di kedudukan ketujuh menerima pelaburan tertinggi di Malaysia.

"Dalam hal berkaitan, tahun ini kerajaan negeri akan memperkasa 'Manufacturing Investment Task Force' untuk memastikan semua cadangan pelaburan yang diluluskan dapat direalisasi dan dipercepat pelaksanaannya," katanya.

Selain itu jelasnya, kerajaan negeri juga sedang giat untuk menyediakan infrastruktur, utiliti dan jaringan komunikasi yang mampan bagi menyokong aktiviti-aktiviti sektor utama di samping meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Keutamaan terus diberikan untuk memperhebat ketersambungan jaringan jalan raya negeri melalui pelaksanaan projek pembangunan jalan di negeri ini terutama Projek Lebuhraya Pan Borneo.

"Bagi memperkasa sektor pengangkutan, satu daripada cabang pengangkutan darat iaitu perkhidmatan kereta api akan ditambah dan diperluas secara berperingkat," katanya.

Beliau berkata, ia termasuk memperkenalkan perkhidmatan baharu yang melibatkan sektor pelancongan dan rekreasi. Tahun ini, tiga kajian akan mula dijalankan iaitu 'Kajian Kemungkinan dan Reka Bentuk Awalan Bagi Pembinaan Landasan Keret Api daripada Putatan ke KKIP dan Pelabuhan Sepanggar', 'Kajian Hala Tuju Jabatan Keretapi Negeri Sabah' dan 'Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans Borneo Railway'.

Dalam pada itu katanya, bagi meningkatkan taraf dan kualiti kesihatan masyarakat, kerajaan negeri akan memperkenalkan inisiatif Pemeriksaan Kesihatan Percuma kepada rakyat negeri Sabah bermula tahun ini sehingga 2028.

Beliau berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan melalui makmal bergerak yang akan membuat lawatan ke 10 daerah termiskin di Sabah sekurang-kurangnya sekali setiap tahun dan akan dipanjangkan ke daerah-daerah lain kelak.

"Bagi memelihara dan memulihara khazanah dan warisan etnik, kerajaan negeri melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya pembangunan sistem pemetaan budaya bersepadu secara digital.

"Ia akan menjadi pangkalan data bersepadu yang komprehensif untuk dijadikan sebagai sumber rujukan masyarakat dalam meneroka dan menambah pengetahuan berhubung etnik-etnik di negeri ini," katanya.

Juhar berkata, tumpuan terus diberikan kepada usaha untuk memperkasa Sistem Pentadbiran Tanah agar lebih efisien dan efektif.

Menurutnya, empat aplikasi tanah dibangunkan pada 2023 untuk menyediakan perkhidmatan permohonan secara atas talian iaitu aplikasi e-Kebenaran Masuk Tapak untuk permohonan kebenaran masuk tapak, e-Jadual B untuk permohonan kebenaran mengeluarkan pasir, batu atau tanah, e-Subsidiary Title untuk permohonan kebenaran pecah bahagi bagi mendapatkan geran subsidiari (Strata Title) dan e-Drone untuk permohonan menerbangkan drone.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061512 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list