CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8260|Reply: 0

[Sabah] 65 penerbangan di Tawau dibatalkan susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:16 PM | Show all posts |Read mode


TERKANDAS: Antara penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Tawau, hari ini.

TAWAU: Lebih kurang 65 penerbangan dibatalkan dan dijadualkan semula di Lapangan Terbang Tawau hari ini sebagai langkah berjaga-jaga selepas Gunung Ruang meletus di Wilayah Sulawesi Utara Indonesia, semalam.

Pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) Tawau ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan enggan memberikan maklum balas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan pihak mereka mengambil maklum perkembangan ini.

“Polis sentiasa memantau perkara ni dan kami akan tingkatkan anggota di lapangan terbang bagi memantau serta bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya.

Memetik laporan AFP, pihak berkuasa udara Indonesia melaporkan abu daripada gunung berkenaan akan naik ke udara dan membahayakan pengguna ruang udara termasuk penerbangan komersial.


BATAL: Antara penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau yang dibatalkan dan dijadualkan semula, hari ini.

Semalam seramai 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan Gunung Ruang meletus.

Gunung berapi yang terletak di pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam.

Letusan Gunung Ruang dicetuskan gempa bumi baru-baru ini di pulau itu dan gunung berkenaan dalam keadaan berbahaya kerana mengeluarkan asap panas setinggi 1.8 kilometer.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045712 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list