CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7120|Reply: 0

[Perlis] Penguatkuasa Perikanan Perlis ditahan SPRM kerana rasuah bulanan

[Copy link]
Post time 18-4-2024 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Penguatkuasa Perikanan Perlis ditahan SPRM kerana rasuah bulanan


Oleh Aizat Sharif - April 18, 2024 @ 12:49pm bhnews@bh.com.my




Suspek diiringi pegawai SPRM ketika ditahan reman hari ini




KANGAR: Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Perikanan Negeri Perlis direman empat hari bagi siasatan terhadap dakwaan meminta dan menerima rasuah bulanan daripada syarikat bot penangkapan ikan di negeri ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim, selepas suspek yang bertugas sebagai Pembantu Laut Gred A19 itu dibawa ke mahkamah itu sekitar jam 8.45 pagi ini.

Sumber berkata, penahanan suspek berusia 44 tahun itu dilakukan hasil maklumat dan risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis terhadap kegiatannya.

"Suspek dipercayai meminta rasuah antara RM500 hingga RM800 setiap bulan antara Januari hingga Disember 2022 daripada seorang pengusaha sebuah syarikat bot penangkapan ikan sebagai sebagai dorongan supaya pihak Jabatan Perikanan Negeri ini tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan oleh lima bot penangkapan ikan milik syarikat itu.

"Suspek dipercayai membocorkan maklumat mengenai operasi penguatkuasaan yang dilakukan oleh jabatannya serta agensi penguatkuasaan lain di sekitar perairan Perlis" katanya.

Katanya, wang rasuah yang diminta itu kemudian akan dimasukkan ke dalam akaun bank 'orang tengah' yang dipercayai akaun peribadi milik suspek.

"Suspek sudah berkhidmat dengan jabatan berkenaan lebih 10 tahun dan sudah berkahwin.

"Kita percaya wang rasuah yang diminta oleh suspek sepanjang tempoh itu pula hanya mencecah sebanyak RM4,800 sahaja," katanya.

Semalam, suspek ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis di Kangar sekitar jam 2 petang selepas diminta hadir untuk diambil keterangannya.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan suspek terbabit.














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.196139 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list