CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11776|Reply: 33

[Dunia] Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluarga

  [Copy link]
Post time 18-4-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluarga[size=0.9em]Khamis, 18 April 2024 7:00 AM



Seorang penumpang wanita diminta untuk berpindah ke tempat duduk lain. -Gambar hiasan
SEORANG penumpang penerbangan kelas pertama mencetuskan perdebatan hangat selepas dia enggan menyerahkan tempat duduknya untuk seorang remaja yang ingin duduk bersama keluarganya.

Membuat perkongsian dalam talian menggunakan nama @lifewithdrsabra, wanita itu memperoleh tempat duduk 1A. Ia sering dianggap sebagai tempat duduk terbaik di dalam pesawat kerana tempat duduknya di tepi tingkap dengan banyak ruang kaki..
Namun, dia terkejut apabila seorang kru penerbangan mendekatinya dan bertanya sama ada dia bersedia untuk berpindah ke tempat duduk lain.

Nampaknya, terdapat seorang remaja berusia 13 tahun yang memerlukan tempat duduk berdekatan dengan keluarganya di kawasan kelas pertama.

Sabra bagaimanapun tidak mahu melepaskan tempat duduk yang dibayarnya pada harga lebih tinggi untuk mendapatkannya.
Susulan itu, dia menyelar tindakan kru penerbangan kerana membuat permintaan tersebut.

Dalam video itu di media sosial, dia menjelaskan: "POV: Kru penerbangan bertanya kepada saya sama ada saya mahu melepaskan kerusi 1A saya supaya seorang remaja duduk bersama keluarga mereka.

"Adakah anda akan melepaskan tempat duduk anda? Mereka akhirnya mencari penyelesaian, jadi tidak, saya bukan manusia yang teruk. Remaja itu juga seperti 13 tahun."

Ramai pengguna TikTok menyokong tindakan wanita itu. "Sebagai ibu, saya di pihak anda. Jika mereka mahu duduk bersama, mereka sepatutnya memastikan tempat duduk bersama," kata mereka.

Seorang lagi berkata: "Saya bekerja lebih masa selama dua minggu untuk menaik taraf tempat duduk saya untuk keselesaan dan pengalaman. Tidak mungkin saya akan lepaskannya."

Walaupun ada yang menyelar keluarga berkenaan kerana mahu dia bertukar tempat duduk, pengguna TikTok itu menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai interaksi dengan keluarga itu sendiri.

"Untuk menjelaskan, kru penerbangan yang bertanya kepada saya, saya meminta untuk melihat peta tempat duduk, saya tidak suka alternatif itu. - Daily Star


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 09:39 AM | Show all posts
suka suki minta tukar seat yang dibayar dengan harga premium. No way!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:14 AM | Show all posts
kalau i, boleh tukar but pay me double.. in cash..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:15 AM | Show all posts
setakat bertanya tu ok lah jugak..bukan nya main duduk jah amik seat org..cakap je la x nak..tp kau tetap memilih nak buat content kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:17 AM | Show all posts
seat bayar mahal kot, nak tukar bayar lah balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:28 AM | Show all posts
haiyoo ada lg org mcm ni yekkk
masa beli tiket tu, beli la seat yg dkt2 atau duduk sebelah2
kalau takde seat kosong dan terpaksa berpisah, reda jela, bkn berpisah setahun dua pun
ye tak salah bertanya tp biasanya kalau dh seat beli ni, kelas ketama pulak, ko mengahrapkan apa????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2024 10:39 AM | Show all posts
Aku kalau aku bayar for the seat memang tak gerak la… kalau seat assigned tak berbayar aku akan consider.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali dah acik2 bincang kat forum TT ni pi mana?  Nanti tahun depan ko bukak lagi benang yang sama.

Kru tu tanya ja bukan paksa. Nak juga mengadu pada dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Seat 1A ni first class ke? Aku pernah gak la dpt seat ni tapi low cost flight kat europe. Flight France ke Portugal kot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:51 PM | Show all posts
sepatutnya tanya pon takleh ler, dah memang common sense

sebab akan menyebabkan guilt trip dan ketidakselesaan kepada yang ditanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali beli seat la. Ingat semua org suka ke nak tukar2 seat. Next time keluarga tu patut minta tukar seat dgn penumpang economy class. Ambik row tgh confirm tak terpisah dgn family. Nak ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 02:29 PM | Show all posts
kru pun dah tahu seat tu mahal kan..usah la di tanya....
ckp je sure tak bg.unless pi ckp..ada org nak byar seat ni cash tak pun nak bayar double for the seat untuk anak nya duduk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:12 PM | Show all posts
kitaserupaaa replied at 18-4-2024 01:19 PM
Seat 1A ni first class ke? Aku pernah gak la dpt seat ni tapi low cost flight kat europe. Flight Fra ...

Kalau Malaysia Airlines seat 1A mmg untuk penerbangan 1st Class (jika ada) atau Business Class. Seat paling hadapan berdekatan pintu keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:36 PM | Show all posts
Kalau saya boleh je nak tukar seat tapi penumpang tu kene bayar lebihan seat yang dibayar tu. Kalau tak nak kirim salam je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kru tu nape xtanya cmni 'adakah boleh tukar seat dgn rumaja disana, mereka akan bayar extra utk anda jika anda mahu tukar seat' mesti jd content jugak tu sambil tunjuk2 duit yg dia dpt.

yg rajin minta tukar2 seat ni nape ehh pangai camni, ingat naik bas mini ke byr mur2 sama rata pastu suka2 tukar.

mgkin drg pk sume kat atas bumi ni adalah berhati baik, so drg blh suka hati tukar dan akan bernasib baik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Window seat ekonomi, kalau ada orang mintak tukar/duduk seseiap, aku suruh bangun. Duduk tempat duduk asal. Walaupun aku x beli, aku tetap kata aku beli seat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Org yg mampu pun ada perangai b40 jugak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah ke dia bg 1 dunia yg dia xmau tkr seat f/class yg sah2 dia byr mhl2 utk keselesaan dia kru tu pon ikotkn tak blh nk tnya bknnya dia tak tahu org ni beli seat tu org byr f/class ni utk senang2 bkn sikit2 byr,kru ni pon ikotkn dh kacau privacy penumpang ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 18-4-2024 10:15 AM
setakat bertanya tu ok lah jugak..bukan nya main duduk jah amik seat org..cakap je la x nak..tp kau  ...

Stewardess tu pon mengundang. 1st day keje kot. Org tu byr lebih bukan utk bg org lain duduk
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya la cabin crew ni
Takkan tak tahu seat 1A dlm flight tu kene dibayar sbb selesa
Patutnya dia carutkan je cabin crew dan family budak tu...mcm bodoh je takde common sense
Yg family bdk tu lak apsal ko pi campak bdk tu kt kelas ekonomi??? Bdk tu anak pungut ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.070713 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list