CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1537|Reply: 0

[Sarawak] Pertahankan kerukunan hidup di Sarawak: Premier

[Copy link]
Post time 17-4-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Sama ada ketika menyambut perayaan mahupun ketika bekerja dalam pelbagai sektor



Abang Johari menerima cenderamata daripada Haidar (tiga kiri).

BINTULU: Kerukunan hidup rakyat Sarawak merupakan budaya yang harus dipertahankan sama ada ketika menyambut perayaan mahupun semasa melakukan tugas atau bekerja dalam pelbagai sektor.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat dapat merayakan Aidilfitri dalam suasana aman dan makmur yang mana semalam adalah hari kelapan berhari raya di Sarawak.

Katanya, dengan rakan-rakan bukan Islam, kalau diperhatikan semasa bulan puasa semua kaum berbuka puasa bersama dan yang tidak berpuasa pun sabar menunggu beduk berbunyi untuk berbuka puasa.

"Ini kerana mereka hormat dengan bulan puasa," ujarnya ketika berucap pada perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama YAB Premier yang dihadiri lebih 5,000 penduduk pelbagai kaum di Naim Street Mall Bintulu Paragon, hari ini.

"Inilah budaya kita di Sarawak, kita hidup sebagai sebuah keluarga, ciri-ciri yang menjadi contoh kepada orang lain.

“Bak kata orang Semenanjung kalau hendak melihat perpaduan kukuh lihatlah di Sarawak, kita ikutlah orang di Sarawak," katanya.

Justeru katanya, budaya ini harus dipertahankan iaitu apabila waktu beraya beraya bersama dan waktu bekerja bekerja bersama-sama untuk membangunkan masyarakat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan berkata, kehadiran penduduk pelbagai kaum pada majlis itu memperlihatkan kerukunan hidup masyarakat majmuk di negeri ini yang wajar dipertahankan.

"Kehidupan penduduk aman damai di negeri ini diharap akan menjadi contoh bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia," katanya.

Beliau turut menyeru penduduk negeri ini terus memberi sokongan padu kepada kepimpinan Premier Abang Johari yang berusaha memaju dan memakmurkan Sarawak ke arah negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Katanya, Bintulu akan mengalami gelombang pembangunan kedua yang berterusan pada masa akan datang.

Terdahulu, pada majlis itu dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan raya masing-masingnya berjumlah RM5,000 iaitu Persatuan Bula Sabit Merah (PBSM) Cabang Bintulu dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Orang Kurang Upaya (OKU) Gemilang.

Penyampaian sumbangan untuk PDK OKU Gemilang diterima oleh Pengerusinya Mohamad Zephyan Nasution Junaidi.

Sumbangan duit raya juga turut disampaikan kepada anak-anak OKU dan golongan asnaf.

Sebanyak 31 gerai pihak berkepentingan dan 12 gerai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Bintulu menyediakan pelbagai juadah makanan pada majlis tersebut.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/17/pertahankan-kerukunan-hidup-di-sarawak-premier
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.075330 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list