CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1616|Reply: 0

[Sarawak] Program Biasiswa Sarawak Energy 2024 dibuka untuk permohonan sehingga 21 April

[Copy link]
Post time 17-4-2024 10:02 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Program Biasiswa Sarawak Energy 2024 kini dibuka untuk permohonan sehingga 21 April 2024.

Menurut Sarawak Energy Berhad (SEB) di Facebook rasminya, pelajar Sarawak yang cemerlang dalam akademik dan kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum, digalakkan memohon program biasiswa itu.

Program ini terbuka kepada pelajar Sarawak yang mengikuti atau ingin melanjutkan pengajian asas, A-Levels, ijazah sarjana muda atau pascasiswazah di institusi terkemuka di dalam dan di luar negara.

Bidang pengajian pilihan untuk permohonan adalah kejuruteraan (elektrik atau awam atau mekanikal), teknologi maklumat dan komunikasi (kejuruteraan perisian atau sains komputer atau sistem maklumat), perakaunan, kewangan, perdagangan, undang-undang dan ekonomi.

Perubatan, pergigian, farmaseutikal, psikologi klinikal, teknologi makanan, seni halus, aeronautik dan kajian berkaitan lain yang tidak diliputi dalam program ini.

Butiran mengenai program ini boleh didapati di www.sarawakenergy.com/careers/scholarship

Untuk maklumat lanjut, pemohon yang berpotensi boleh menghantar e-mel kepada Sarawak Energy di scholarship@sarawakenergy.com


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list