CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5142|Reply: 0

[Sabah] Dua rumah musnah terbakar di Pulau Bum-Bum

[Copy link]
Post time 17-4-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Rumah mangsa yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

SEMPORNA: Sekurang-kurangnya dua buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Lok Butun, Pulau Bum-Bum, di sini pagi tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.19 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah bot Kevlar dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna digerakkan ke lokasi kejadian.
“Operasi turut dibantu anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Pasukan bomba sukar ke lokasi disebabkan air laut ketika itu surut dan bot tidak boleh sampai ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati dua buah rumah jenis tidak kekal sudah musnah terbakar dan operasi terus dilakukan supaya api tidak merebak.

Katanya, pasukan bomba menggunakan pam angkut mengambil air laut untuk digunakan dalam operasi pemadam kebakaran berkenaan.

“Setakat ini kebakaran hanya membabitkan kemusnahan harta benda sahaja, tiada laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.21 pagi,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048675 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list