CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4948|Reply: 0

[Selangor] ‘Penat hadap jem tak habis lagi, rumah pula banjir’

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video beberapa pengguna yang memaparkan keadaan rumah dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

PETALING JAYA – Baru sahaja ingin menarik nafas lega setelah penat berdepan dengan kesesakan jalan raya, beberapa individu diuji lagi dengan bencana banjir kilat sehingga memusnahkan harta benda peribadi.

Menerusi video yang dimuat naik @itsonlyraimi di akaun TikTok malam tadi, dia memaparkan peralatan dan perkakas rumahnya yang terletak di Paya Jaras, Sungai Buloh dipenuhi dengan banjir lumpur.

Bukan itu sahaja, peralatan elektrik seperti peti ais habis terbalik akibat arus deras yang memasuki ke dalam rumah ketika hujan lebat semalam.

“Dugaan lepas raya. Penat hadap jalan ‘jem’ tak habis lagi, hari ni rumah pulak masuk air. Kali ketiga banjir paling teruk,” tulisnya di dalam video.

Sementara itu, menerusi video pengguna lain dikenali sebagai @norusmilanordin di akaun TikTok, dia juga menyifatkan banjir kali ini adalah dugaan bertimpa-timpa selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Menurut wanita itu, rumahnya yang terletak di Kampung Melayu Subang dinaiki air sehingga paras lutut akibat hujan lebat petang semalam.

“Raya banjir.. rumah orang lagi teruk kena. Bertabahlah, moga dipermudahkan urusan kita,” katanya ringkas di ruangan kapsyen.

Selain itu, beberapa pengguna lain di kawasan sekitar sama turut memuat naik video keadaan rumah dan kenderaan yang tidak dapat diselamatkan selepas paras air naik secara mendadak akibat cuaca buruk.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga-keluarga yang berdepan dengan dugaan banjir ketika kemeriahan menyambut bulan Syawal.

“Ujian kita berbeza-beza. Semoga Allah beri kesabaran atas ujian daripadaNya,” komen Koli.

“Ramai yang baru membeli peralatan rumah untuk menyambut raya, tapi rosak sekelip mata. Sedih tak terkata,” komen Khudziah pula.

Semalam, hujan lebat diramal di 10 negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga mengakibatkan banjir kilat di satu dua kawasan.

Pagi ini juga trafik dilaporkan sesak sekitar Lembah Klang akibat hujan berterusan yang menyebabkan beberapa laluan utama terhalang akibat paras air yang naik. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -rumah-pula-banjir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056655 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list