CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7536|Reply: 0

[Kedah] Kolam belum siap: Latihan Gerup Gerak Khas terjejas

[Copy link]
Post time 16-4-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode
Kolam belum siap: Latihan Gerup Gerak Khas terjejas


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - April 16, 2024 @ 4:16pm hifzuddin@bh.com.my




Muhammad Hafizuddeain bersalaman bersama pegawai kanan ketika hadir Majlis Aidilfitri di Kem Gubir di sini, hari ini. - Foto TENTERA DARAT MALAYSIA




SIK: Kelewatan pembinaan kolam selam tempur Kem Iskandar, Mersing menyebabkan latihan pegawai dan anggota Gerup Gerak Khas (GGK), Tentera Darat Malaysia (TDM) terjejas.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata TDM berharap projek itu dapat disiapkan segera kerana keperluan latihan di kolam itu dianggap penting kepada GGK.

Katanya, kelewatan pembinaan kolam selam tempur itu kini memasuki hari ke-647 dengan hanya baki tiga peratus lagi kerja.

"Pertama sekali, Tentera Darat menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim terhadap projek tersebut.

"Sebagai pengguna, memang kita sentiasa pantau dan perkara ini juga dibangkitkan setiap bulan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan TDM yang dipengerusikan Timbalan Panglima Tentera Darat.

"Kita ingin tahu perkembangan projek itu kerana wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) juga hadir ke mesyuarat itu untuk memberi penjelasan, namun itulah jawapannya yang diberikan kepada kita," katanya ketika hadir menghadiri Majlis Aidilfitri di Kem Gubir di sini, hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan GGK menitahkan JKR Johor dan Jurutera Daerah Mersing menjelaskan punca kelewatan pembinaan kolam berkenaan yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022.

Muhammad Hafizuddeain berkata, pihaknya berharap JKR Johor dapat membantu menyiapkan segera projek itu agar kemudahan itu dapat digunakan segera anggota GGK.

Katanya, kali terakhir pihak yang bertanggungjawab terhadap pembinaan kolam itu memohon lanjutan masa pada 14 April lalu, selepas lima kali ia dilanjutkan sebelum ini.

"Projek ini di bawah kelolaan Bahagian Pembangunan Kementerian Pertahanan dan agensi pelaksana ialah JKR. Saya difahamkan subkontraktor juga ada dilantik, namun mereka turut gagal dan menarik diri daripada menyelamatkan projek," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.049938 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list