CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4628|Reply: 0

[Selangor] Tidak sampai lima minit samun kedai runcit

[Copy link]
Post time 16-4-2024 02:58 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video yang dirakam oleh orang awam ketika kejadian samun di sebuah kedai runcit di Jalan Seroja, Bukit Sentosa, Rawang, Hulu Selangor, kelmarin.

HULU SELANGOR – Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki terlibat kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Seroja, Bukit Sentosa, Rawang, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Asri Mohd. Yunus berkata, ketika kejadian, pengadu warga asing berusia 30 tahun sedang berniaga di kedai itu sebelum didatangi oleh suspek kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Suspek memakai topeng muka berbaju warna biru bersenjatakan sebilah parang panjang meluru masuk ke arah kaunter kedai dan memecahkan mesin juruwang serta melarikan sejumlah wang tunai RM300 bersama dua telefon bimbit milik mangsa.

“Kejadian samun tersebut berlaku tidak sampai lima minit. Suspek kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam dengan nombor pendaftaran dan jenis tidak dapat dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Asri, jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM3,800 dan mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. Pihak polis meminta orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian ini bagi tujuan membantu siasatan serta menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... samun-kedai-runcit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.276851 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list