CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4767|Reply: 0

[Johor] Sejadah itu mulia kenapa letak sekali dengan alas kaki – Mohd. Fared

[Copy link]
Post time 16-4-2024 02:55 PM | Show all posts |Read mode

ALAS kaki yang bercetak ala Kaabah yang dirampas dari sebuah pasar raya di Batu Pahat, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

KOTA TINGGI – Siasatan terhadap laporan alas kaki tertera gambar Kaabah yang didakwa sejadah mini akan diteruskan meskipun pihak pasar raya berkenaan telah mengeluarkan kenyataan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, beliau juga melahirkan kebimbangan berikutan syarikat tersebut didakwa tidak prihatin kepada susunan tanda nama barang jualan dipercayai ditempatkan bersekali dengan alas kaki.

“Saya ada gambar dan maklumat, namun kenyataan yang mereka keluarkan itu saya boleh dengar sahaja. Sebagai agensi penguat kuasa dan agensi agama di negeri Johor, saya akan bersifat bertanggungjawab kepada agama terlebih dahulu sebelum menimbangkan keterangan.

“Keduanya saya minta diperbetulkan kedudukan yang awak dakwa sebagai sejadah mini itu tadi. Saya tidak pernah nampak sejadah yang gambar Kaabah hujung-hujung ataupun separuh sahaja.

“Walaupun sejadah mestilah memperlihatkan rupa bentuk sejadah itu sendiri. Kalau dia ada gambar Kaabah letak di tengah-tengah, kalau tidak reti nak mereka bentuk jangan cuba untuk mereka dan tanyalah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sebelum awak menjual ataupun bertanyalah kepada agensi kerajaan berkaitan agama,” katanya.


MOHD FARED (dua dari kiri) ketika hadir merasmikan Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Kota Tinggi, Jalan Idris, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi hari ini.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Kota Tinggi, Jalan Idris, Taman Sri Lalang, Kota Tinggi hari ini.

Terdahulu, AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menyedari perkongsian di media sosial berhubung sejadah mini yang dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

Sebelum itu, JAINJ dilaporkan merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di daerah berkenaan, sehari sebelum Aidilfitri lalu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... as-kaki-mohd-fared/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.050476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list