CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4706|Reply: 0

[Selangor] Gadis India berkebaya meriahkan sambutan Aidilfitri

[Copy link]
Post time 16-4-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 11 penari kaum India memakai baju tradisional Melayu sambil menari lagu raya memeriahkan sambutan Aidilfitri.

PETALING JAYA – Tular sebuah video memaparkan seramai 11 penari daripada kaum India memeriahkan sambutan Hari Raya Aidlfitri dengan menari lagu raya raih perhatian ramai orang.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @cine_dance, 11 penari daripada kelab itu memimik dan menari lagu Alamak Raya Lagi yang dinyanyikan oleh kumpulan De Fam yang sedang hangat diperdengarkan pada musim hari raya ini.

Selain itu mereka turut memperagakan pelbagai pakaian tradisional Melayu iaitu kebaya, baju kurung dan kaftan yang menyerikan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri.

Berdasarkan rakaman, video penggambaran itu dirakam di Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang mempamerkan ciri-ciri budaya kaum Melayu untuk menunjukkan ala-ala beraya di rumah kampung masyarakat melayu.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial kagum dan terharu dengan sambutan daripada mereka.

“Bangga betul rasanya, tahniah kepada semua gadis-gadis cantik ini, so wonderful Alamak Raya Lagi video. Perfect,” komen @along mazlan.

“Dalam banyak-banyak video, alamak ini yang terbaik, tahniah Cine Dance,” komen @iza79.

“Terima kasih, sama-sama kita sambut raya, seronok bila bangsa lain raikan raya sama-sama,” komen @bunga.

“Tahun ini raya seronok dengan lagu best, semua sedang merayakan, terima kasih sebab memeriahkan hari raya,” komen @lina.

Sehingga kini, video tersebut mendapat 865,000 tontonan, 69,800 tanda suka dan 4,488 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ambutan-aidilfitri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list