CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4294|Reply: 0

[Kelantan] Kes tembak KLIA1: Saya perlukan tujuh peguam – Hafizul

[Copy link]
Post time 16-4-2024 02:42 PM | Show all posts |Read mode

Hafizul dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk prosiding reman . - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – “Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis,” kata Hafizul Harawi, 38, yang ditahan bagi membantu siasatan dalam kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang kelmarin.

Ucapan tersebut yang diucapkan oleh Hafizul yang kelihatan tenang dan turut memberi salam kepada pihak media sebaik sahaja tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu hari ini.

“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis. Saya memerlukan tujuh peguam dalam kes ini,” ujarnya.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap berwarna ungu dan pelitup muka tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.27 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.

Lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, ditahan di Kota Bharu kelmarin selepas 36 jam diburu polis.

Terdahulu, lelaki tersebut telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi pada Ahad lalu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... juh-peguam-hafizul/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.436479 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list