CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6129|Reply: 0

[Kelantan] Hafizul guna identiti individu lain, tukar nombor plat kereta - Polis

[Copy link]
Post time 16-4-2024 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Hafizul guna identiti individu lain, tukar nombor plat kereta - Polis


Nor Fazlina Abdul Rahim dan Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my



MOHD Shuhaily (tengah) diiringi oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (kiri) menunjukkan kereta suspek di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar




Kota Bharu: Suspek lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pagi kelmarin menginap di hotel di sini dengan menggunakan identiti individu lain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata helah berkenaan menyebabkan kehadiran suspek tidak dapat dikesan di hotel terbabit.

Katanya, antara barangan yang dirampas termasuk empat kad pengenalan individu lain dan salah satunya digunakan untuk pendaftaran bagi menginap di hotel.

"Hasil siasatan juga mendapati suspek tiba di Kelantan petang kelmarin selepas Zohor. Selepas kejadian, suspek tidak berjumpa dengan sesiapa dan terus menuju ke Kelantan sebelum menginap di sebuah hotel.

"Sebab itu kita percaya suspek bergerak sendirian tanpa dibantu oleh individu lain. Kereta yang digunakan suspek juga masih sama iaitu Honda Civic, namun suspek menukar nombor plat bagi mengelak pergerakannya dikesan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, pistol yang digunakan suspek juga dipercayai diperoleh secara haram dari negara jiran.

"Namun, bagaimana kaedah kemasukan pistol berkenaan juga masih dalam siasatan. Pistol yang digunakan suspek adalah jenis Glock 19 Austria.

Terdahulu, media melaporkan, polis mengesahkan Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.

Pada masa sama, Mohd Shuhaily turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pasukan yang terbabit dalam menyelesaikan kes berkenaan.

"Syukur kes ini selesai dengan aman selain tiada pihak yang cedera. Saya berterima kasih kepada semua termasuk Ketua Polis Negeri yang terbabit dengan kawasan sempadan," katanya.



Disiarkan pada: April 16, 2024 @ 12:52pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.195037 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list