CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5474|Reply: 0

Benteng pertahanan B23 perlu kebal

[Copy link]
Post time 16-4-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain B23 menjalani latihan menjelang aksi pertama Piala Asia B23 menentang Uzbekistan malam esok. - FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B23) negara harus memiliki ‘faktor X’ ­untuk mengimbangi kualiti ­Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam pada saingan awal Kumpulan D Piala Asia B23 di Qatar kali ini.

Selain kelebihan fizikal dimiliki Uzbe­kis­tan dan Kuwait seperti diakui pengendali negara, Juan Torres Garrido, Vietnam juga dianggap sebagai lawan misteri selepas me­lantik Hoang Anh Tuan selaku pengendali baharu pasukan.

Menyedari cabaran bakal dihadapi pasukan, posisi pertahanan pastinya menjadi perhatian utama ketika skuad negara ditagih sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.

“Selepas mengharungi tiga perlawanan persahabatan (menentang India, Qatar dan China), kami sedar apa yang perlu diperbaiki dalam perlawanan di Piala Asia B23 nanti. Kami juga mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pasukan.

“Apa yang saya nampak de­ngan jelas adalah kami perlu elak daripada melakukan kesilapan mudah dan perlu memanfaatkan setiap peluang untuk menjaringkan gol,” kata pertahanan negara, Ubaidullah Shamsul Fazili.

Malam esok, skuad muda negara akan memulakan saingan sebenar bertemu Uzbekistan ­diikuti Vietnam (Sabtu) dan ­Kuwait (23 April).

Mengulas mengenai aksi pertama, Ubaidullah bertegas skuad negara harus bijak dalam aspek permainan minda sekali gus mampu mengimbangi kelebihan yang ada pada Uzbekistan.

“Fizikal pemain Uzbekistan lebih besar daripada kami dan mereka juga memiliki kelajuan. Jadi untuk mengatasinya kami perlu bijak menggunakan ruang yang ada dan jangan cepat hilang bola,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... an-b23-perlu-kebal/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051622 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list