CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21406|Reply: 20

[Jenayah] Hafizul berjaya diberkas selepas bergelut

[Copy link]
Post time 16-4-2024 12:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 16-4-2024 11:44 AM

KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ditahan di Jalan Bayam, petang tadi.

Suspek Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.

Katanya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.

"Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri," katanya sambil menambah polis turut merampas sepucuk pistol daripada suspek.


_

KUALA LUMPUR: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata suspek ditahan di sebuah lokasi di Kota Bharu, kira-kira jam 3 petang tadi.

"Ya, saya sahkan (tangkapan). Suspek baru ditahan pada jam 3 petang tadi di Kota Bharu.

"Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, ibu dan bapa Hafizul, Hayati Bakri dan bapanya, Hawari Mohd Sihat, serta lima adik-beradiknya merayu Hafizul menyerah diri kepada polis.

Adiknya, Hanif berkata, Hafizul perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya dan bersedia menghadapi kesan perbuatan itu dan hukuman bakal dikenakan terhadapnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah berani ko lalu depan ipk.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:54 AM | Show all posts
lain kali kalau nak balas dendam, jangan terus tembak

kalau camni dah kena tangkap, ko merangkaklah dalam penjara

sepatutnya kena strategik.. pasanglah "jerat"

takpe la tunggu waima 10 tahun sekalipon sehingga jerat mengena

bila umpan dah dimakan dan mangsa menggelupur nak lepaskan diri dari mata kail, Allah je tahu nikmatnya pada kita yang pasang umpan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 16-4-2024 01:50 AM

Macam mana boleh sangkut kat bandar KB? Banyak² tempat, tengah bandar jugak dia lari. Berselisih pulak dengan warga sskjp yang berduyun otw balik ke KV dari kampung.

Rugi je, sisa² hidup meringkup dalam penjara, ikut sangat kata hati.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 06:48 AM | Show all posts
Terlupa guna Google maps ke encik? Kalau nak lari kena guna jalan tikus bukan berlenggang depan IPK..paling penting kena ada associate yg boleh tlg bawak lari ke border sana...rupa tu kena modify sikit, kalerkan rambut atau cukur jambul dan janggut..pakai spek ke..so kena bawak supply dlm beg siap2..kalau x mampu fikir benda basic ni, jgn jadi penjenayah..kau ceraikan bini dan bawak diri




Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 09:01 AM | Show all posts
kemaruk replied at 16-4-2024 12:54 AM
lain kali kalau nak balas dendam, jangan terus tembak

kalau camni dah kena tangkap, ko merangkaklah ...

bangkem cerita sikit modus operandi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2024 09:04 AM | Show all posts
mcm tak bijak je mamat nih
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:27 AM | Show all posts
apech replied at 16-4-2024 09:01 AM
bangkem cerita sikit modus operandi

ada banyak caranya

salah satu caranya ialah sentiasa berdoa kepada Allah agar kita  sentiasa tabah menghadapi dugaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 11:46 AM | Show all posts
aku rasa natang ni salah tafsir berkenaan "tempat paling selamat ialah tempat paling bahaya"  dia bantai melenggang depan balai, mendapat arrrr.  harap dia kena lanyak cukup2 dalam lokap nanti.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia byk tengok movie ni kot..konon tempat paling selamat adalah kawasan paling ditakuti penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:58 AM | Show all posts
bukan ke datuk seri suhaily ckp suspek diminta serah diri di mana2 balai polis berhampiran
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku terpk 1 soalan. Kenyataan polis kata suspek berkemungkinan lari ke arah utara.

Statement ni mmg btl2 ke atau polis saja buat fake statement sbb nak kelirukan suspect?

Kalo mmg btl2, mmg weak la intelligence polis ni bg maklumat kurang tepat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek ada ke hospital pakar tu ke berani jugak dia ni. Dah buat salah camtu masih berani lagi jejak ke hospital, hospital tu pulak betul2 dekat ipk. Kalau iols la, mau menyorok dulu sementara waktu. Kalau perlu keluar sangat kena menyamar macam porumer atas tulih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 16-4-2024 12:54 AM
lain kali kalau nak balas dendam, jangan terus tembak

kalau camni dah kena tangkap, ko merangkaklah ...

Ni dah kira x sabar bang kem.. Tu yg main tembak je.. Tp klu da Alang2 nk kn tangkap.. Baik ko rapat skit ngn mangsa baru tembak.. Alang2....
Ntah2 hutang byk bini x nk tolong tu yg angin
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha amek kau UTK terus pi tangkap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya UTK dah follow awal2 dah kot...cuma tunggu masa sesuai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 02:16 PM | Show all posts
shida81 replied at 16-4-2024 02:09 PM
Ni dah kira x sabar bang kem.. Tu yg main tembak je.. Tp klu da Alang2 nk kn tangkap.. Baik ko rap ...

betul tu.. dah alang2 tu simbah minyak petrol je terus pastu bakar.. kalau mangsa tak mati pon, atleast cacat muka berparut pastu tanggung derita sengsara kuping kulit terpaksa dikikis seminggu sekali.. baru puas hati ko dalam penjara aman2 adjah makan tidur ditanggung..


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 16-4-2024 11:59 AM
Aku terpk 1 soalan. Kenyataan polis kata suspek berkemungkinan lari ke arah utara.

Statement ni mmg ...

Kalau tgk citer2 omputeh mcm CSI,  FBI.. Siri polis2 mmg statement x semua maklumat diaorg blh share... Ada yg kena twist jadinya penjenayah akan rasa diaorg selamat nak teruskan kerja etc..
Padahal diaorg da standby...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:19 PM | Show all posts
matamata replied at 16-4-2024 02:16 PM
Rasanya UTK dah follow awal2 dah kot...cuma tunggu masa sesuai

dorang dah letak chip dalam vaksin

so bila suspek berada dekat dengan IPK tu maka pihak polis pon terima mesej "your bluetooth device has been connected"
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2024 02:20 PM | Show all posts
Berani buat kena berani tanggung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.452700 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list