CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27654|Reply: 1

[Sabah] Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Pagalan Keningau

  [Copy link]
Post time 15-4-2024 06:54 PM | Show all posts |Read mode


LEMAS: Orang awam menemukan mayat mangsa selepas dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Pagalan Keningau. Gambar ihsan JBPM Negeri Sabah
KENINGAU: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan orang awam kira-kira jam 7.41 pagi hari ini di Sungai Pagalan di sini.

Mangsa yang berumur 30 tahun itu dipercayai lemas ketika mandi di sungai terbabit semalam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, Penolong Penguasa Bomba Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau diketuai Pegawai Bomba Kanan II  Herwin Hanafiah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, pasukan operasi terus melancarkan operasi mengesan mangsa bersama pasukan polis yang turut membantu di lokasi kejadian.

"Mangsa akhirnya ditemukan orang awam di sekitar lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan bomba membantu mengambil mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.57 pagi selepas menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi kejadian.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2024 08:28 AM | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054297 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list