CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26346|Reply: 0

[Sabah] Kongres dan pemilihan AMT LDP pada 17 November 2024

[Copy link]
Post time 15-4-2024 06:50 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Para AMT LDP merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat itu.

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) akan mengadakan kongres parti dan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) pada 17 November tahun ini.

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata, kongres tiga tahun sekali itu bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi 2024-2027 akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kian Kok, semua delegasi daripada 24 Bahagian dari seluruh Sabah akan memilih kepimpinan baharu parti itu.

Sementara itu, persidangan delegasi dan pemilihan Pergerakan Pemuda dan Wanita Pusat akan diadakan di Dewan SJK (C) Chung Hwa Likas pada 16 November.

"Kita akan menjemput Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai tetamu kehormat pada kongres parti ini.

"Para pemimpin Komponen GRS juga dijemput pada majlis perasmian itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi di sini, kelmarin.

Dalam mesyuarat itu, Majlis Tertinggi LDP telah melantik Timbalan Presiden LDP Datuk Yong Wui Chung sebagai Pengerusi Penganjur kongres parti dan Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Majlis Tertinggi LDP juga telah meluluskan usul memerlukan semua persidangan bahagian dan pemilihan itu diadakan diantara Mei sehingga September tahun ini.

Chin berharap semua ahli parti khususnya golongan muda akan menyertai pemilihan AMT dan Bahagian dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selain sebagai sebahagian dalam kepimpinan Pusat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069829 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list