|
LORI tangki yang membawa 76,000 liter RON95 dan RON97 tiba di stesen minyak di Jeli jam 11.15 malam kelmarin. FOTO Ihsan KPDN
Kota Bharu: Sebanyak 188,000 liter petrol dibekalkan kepada 13 stesen minyak di negeri ini khususnya yang terletak di lokasi tumpuan termasuk laluan perantau.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, bekalan bahan bakar itu mula dibekalkan 4 April lalu diikuti dua hari sebelum Aidilfitri serta kelmarin.
"Sebanyak 17,800 liter petrol RON95 dan 10,000 RON97 dibekalkan sepanjang tempoh musim perayaan baru-baru ini menerusi pasukan 'task force' yang ditubuhkan.
"Sebanyak 13 stesen minyak yang terbabit iaitu di Kuala Krai, Pasir Puteh, Jeli, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Mas dan Rantau Panjang," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azman berkata, berlaku sedikit kelewatan urusan menghantar bekalan di sebuah stesen minyak di Jeli kelmarin berikutan kesesakan jalan raya yang sangat teruk.
Menurutnya lagi, bagaimanapun bekalan tetap petrol sebanyak 76,000 liter tetap tiba dengan selamat di premis terbabit walau waktu mencecah hampir tengah malam.
"Jam 5.45 petang kelmarin, pasukan 'task force' kami mengiringi tiga lori tangki yang membawa 76,000 liter RON95 dan RON97 dari Besut, Terengganu.
"Disebabkan kesesakan jalan raya yang agak teruk, perjalanannya sedikit memakan masa dan jam 11.15 malam, bekalan petrol tiba dengan selamat di stesen minyak di Jeli.
"Secara keseluruhan, setiap kali musim perayaan, bekalan bahan api sentiasa mencukupi terutama di lokasi laluan perantau serta yang mengalami kesesakan dan setakat ini tiada masalah besar yang timbul," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jang-musim-perayaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|