CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3158|Reply: 0

[Kelantan] Kereta terbakar, 3 beranak selamat

[Copy link]
Post time 15-4-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Kereta terbakar, 3 beranak selamat


Hazira Ahmad Zaidi
[email protected]



ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta Mercedes Benz yang terbabas sebelum terbakar di Jalan Jelawang – Dabong dekat Lata Kertas. FOTO Ihsan JBPM




Kuala Krai: Tiga beranak berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di Jalan Jelawang – Dabong dekat Lata Kertas, pagi semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 4.50 pagi itu, pemandu kereta Mercedes Benz dan isteri masing-masing berusia 58 tahun serta anak perempuan mereka berusia 22 tahun berjaya menyelamatkan diri dan meninggalkan kenderaan dengan bantuan pengguna jalan raya yang lain.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kereta yang dipandu lelaki berusia 58 tahun itu dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Secara tiba-tiba keluar api di bahagian enjin kenderaan itu sebelum merebak ke bahagian lain.

"Akibat terbabas, pemandu serta penumpang mengalami kecederaan ringan dan mereka dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) yang boleh dihukum mengikut kaedah yang sama dan akan menjalankan siasatan secara terperinci.

Dalam masa sama, pihaknya meminta saksi yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan dan boleh menyalurkan maklumat di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai.

"Polis menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa memandu terutama ketika musim perayaan.

"Pastikan juga kenderaan yang dipandu sentiasa dalam keadaan selamat dan diselenggara dengan baik selain dapatkan rehat yang mencukupi sebelum memandu," katanya.



Disiarkan pada: April 15, 2024 @ 1:31pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044485 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list